Sikap Positif, Dedikasi Kekuatan Pasukan Negara - Jurulatih - Sukan | mStar

Sikap Positif, Dedikasi Kekuatan Pasukan Negara - Jurulatih

KUALA LUMPUR: Jurulatih Ong Kim Swee menyifatkan sikap positif dan dedikasi para pemain sebagai kekuatan pasukan pilihan Malaysia menentang Kelab Liga Inggeris Chelsea di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Khamis.

Meskipun tewas 0-1, Ong berkata pemain telah menunjukkan persembahan yang membanggakan dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari semasa latihan.

"Mereka turun tanpa tekanan dan dengan bantuan sembilan pemain senior yang berpengalaman mereka berjaya mengikat kedudukan 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

"Hasil kedudukan itu, pada separuh masa kedua para pemain percaya mereka boleh melakukan 'upset' namun akhirnya keputusan memihak pada Chelsea," katanya kepada pemberita selepas perlawanan yang disaksikan lebih 80,000 orang penonton itu.

Gol Chelsea yang dijaringkan penyerang Didier Drogba pada minit ke-78, menimbulkan kontroversi apabila bola kelihatan tidak mencecah garisan gawang gol pasukan kebangsaan. Bagaimanapun, keputusan penjaga garisan M.Sivanesan akhirnya memihak kepada pasukan 'The Blues' itu.

Sementara itu pengurus Chelsea Luis Andre Villas Boas memuji persembahan pemain Malaysia terutamanya penjaga gol Mohd Farizal Marlias yang mempamerkan kualiti permainan yang hebat.

“Kami dapat beberapa peluang baik, namun akhirnya penjaga gol mempamerkan persambahan mantap," katanya.

Meskipun dua penyerang pasukan itu Fernando Torres dan Drogba gagal memanfaatkan banyak peluang di hadapan pintu gol Malaysia, Luis Andre berkata beliau tetap berpuas hati dengan prestasi keseluruhan anak buahnya.

"Apa yang penting dalam Jelajah Asia ini ialah bagi para pemain dapat merasakan semangat bermain dalam satu pasukan mantap di samping mencapai objektif latihan," katanya. – BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Malaysia Tewas Tipis

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain