suria

Vettel Juara Formula Satu GP Malaysia

Pemandu Red Bull Racing Sebastian Vettel dari Jerman memenangi perlumbaan Grand Prix Formula Satu Malaysia Petronas 2011 di Litar Sepang di sini, Ahad. - Foto AP
Pemandu Red Bull Racing Sebastian Vettel dari Jerman memenangi perlumbaan Grand Prix Formula Satu Malaysia Petronas 2011 di Litar Sepang di sini, Ahad. - Foto AP
Pemandu Red Bull Racing Sebastian Vettel dari Jerman memenangi perlumbaan Grand Prix Formula Satu Malaysia Petronas 2011 di Litar Sepang di sini, Ahad. - Foto AP

SEPANG: Juara dunia, Sebastian Vettel daripada pasukan Red Bull Racing mengungguli perlumbaan akhir pusingan kedua Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad.

Vettel menamatkan perlumbaan dengan catatan 1:45.543, diikuti Jenson Button (McLaren) dan ketiga, Nick Heidfeld (Lotus Renault GP).

Sebelum itu, Vettel turut dinobat juara pusingan pertama GP Australia dua minggu lalu.

"Kejayaan ini amat menggembirakan saya tetapi dalam masa sama, saya sedar bahawa masih banyak lagi perlumbaan yang perlu dihadapi.

"Saya akan cuba kekalkan momentum ini minggu depan pada perlumbaan seterusnya di Grand Prix F1 China," katanya selepas perlumbaan.

Vettel terus mendahului kedudukan dengan 50 mata, manakala Button dan Lewis Hamilton dari Vodafone McLaren Mercedes mengekori dengan masing-masing 26 dan 24 mata.

Manakala rakan sepasukannya, Mark Webber dari Australia menamatkan perlumbaan keseluruhan dalam dua pusingan di kedudukan keempat mendahului dua pemandu Scuderia Ferrari Marlboro, Felipe Massa dari Brazil dan juara dua kali Fernando Alonso dari Itali.

Sementara itu, Button sebaliknya menyifatkan perlumbaan ini sebagai perlumbaan yang sengit tetapi gembira dengan hasilnya.

Selain itu, dunia 2008 Lewis Hamilton menamatkan dengan kedudukan ketujuh yang mengecewakan setelah berazam untuk menaiki podium, sehingga hentian pit yang perlahan dan kemudian berhempas pulas dengan tayarnya dalam peringkat penutup.

Hamilton terpaksa menghadapi tambahan 20 saat untuk melepasi masa disebabkan melanggari Artikel 20.2 Peraturan Kesukanan FIA Formula One kerana melakukan lebih satu perubahan arah untuk mempertahankan satu kedudukan.

Dalam pada itu, pasukan Lotus Renault terus menguasai podium untuk kali kedua musim ini apabila Nick Heidfeld menduduki tempat ketiga.

"Ia perlumbaan yang menarik biarpun pada pada akhir-akhir pusingan saya mendapat tentangan sengit daripada Alonso," kata Heidfeld.

Pada pusingan pembukaan sebelum ini, rakan sepasukan Heidfeld, Vitaly Petrov turut meraih tempat ketiga.

Pusingan ketiga akan berlangsung di Shanghai, China pada 15 hingga 17 April ini.

Artikel Sebelum

Selangor Rampas Takhta Liga

Artikel Berikut

Jadual F1 GP Malaysia, Ahad

Artikel Lain