suria

Hamilton Terpantas Dalam Sesi Akhir Latihan Bebas

SEPANG: Pemandu Britain Lewis Hamilton dari pasukan McLaren Mercedes mencatatkan masa terpantas pada sesi latihan terakhir pada perlumbaan F1 Grand Prix Malaysia di Litar Sepang, Sabtu.

Beliau melakukan catatan masa 1:36.340s, hanya 0.290s, mengatasi pemandu Australia Mark Webber dari pasukan Red Bull yang menjadi pemandu kedua terpantas dengan masa 1:36.630s.

Seorang lagi pemandu McLaren Mercedes, Jenson Button, mencatatkan masa ketiga terpantas dengan 1:36.762s diikuti pemandu Lotus Renault, Nick Heidfeld dengan 1:37.115s.

Juara dunia dan pemenang GP Australia, Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull menduduki tangga keempat dengan masa 1:37.175s.

Dalam pada itu, pemandu pasukan milik negara, Team Lotus, Heikki Kovalainen dan Jarno Trulli masing-masing menduduki tangga ke 19 dan 20 dengan catatan masa 1:39.260s dan 1:39.699s.

Sesi kelayakan masa akan berlangsung pada pukul 4 petang ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain