suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gerrard Berehat Panjang

PASUKAN Liverpool sedikit tergugat apabila ketua pasukan, Steven Gerrard terpaksa diketepikan musim ini kerana mengalami kecederaan serius di bahagian pahanya.

Pemain tengah England yang turun menjalani latihan selepas menjalani pembedahan pada awal Mac lalu terpaksa akur dengan kecederaan yang kembali menghantuinya itu.

Sebelum ini dia bertungkus lumus cuba memulihkan kecederaan itu, namun pengurus pasukan, Kenny Dalglish mengesahkan ia semakin teruk pada Jumaat lalu.

"Kami masih belum pasti apa masalah sebenarnya dan masih menunggu keputusan daripada pakar. Apa yang pasti dia tidak akan beraksi lagi sehingga tamat musim ini," katanya.

Selain itu, pada Rabu lalu, pemain pertahanan Daniel Agger turut mengalami kecederaan di bahagian tendon dan terpaksa direhatkan sekurang-kurangnya dua bulan sekali gus tidak dapat beraksi pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Brom, Sabtu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain