ATM Kekal Rekod Tanpa Kalah - Sukan | mStar

ATM Kekal Rekod Tanpa Kalah

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus mengejar pendahulu liga PKNS Sselangor apabila seri 1-1 dengan Sarawak pada saingan Liga Perdana di Stadium Negeri, Kuching, Jumaat.

Keputusan itu membolehkan ATM mengekalkan rekod tanpa kalah dengan mengumpul 19 mata di tangga kedua, ketinggalan tiga mata dengan PKNS manakala Sarawak di tangga ketiga dengan 17 mata.

ATM membuka tirai jaringan pada minit ke-53 menerusi Abdul Rashid Mahmud sebelum Sarawak menyamakan kedudukan menerusi Mohd Hairol Moktar pada minit ke-64 ekoran kesilapan penjaga gol ATM, Amir Omar Khata, yang gagal menangkap kemas bola cubaan Wong Sai Kong.

Di Stadium Jcorp, Pasir Gudang, SDM Navy gagal memecah kebuntuan kemenangan sulung dalam liga apabila terikat 1-1 dengan pasukan Majlis Perbandaran (MP) Muar.

Gol pembukaan perlawanan dijaringkan oleh pemain MP Muar, Mohd Fitri Omar pada minit ke-50, hasil sepakan di luar kotak penalti.

Ketinggalan satu gol memaksa SDM Navy menggandakan asakan dan akhirnya mendapat sepakan penalti yang dihadiahkan oleh pengadil Zulkifli Ahmad selepas pemain lawan mengasari penyerang Muhamad Ikram.

Ketua pasukan SDM Navy Safuan Azwan menyempurnakan sepakan tersebut pada minit ke-86.

Di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang yang menduduki tangga tercorot liga tanpa sebarang kemenangan, tewas 1-2 kepada Johor.

Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Sime Darby FC terikat tanpa jaringan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Pos Malaysia menumpaskan USM FC 1-0.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain