suria

Ancelotti Masih Harapkan Sentuhan Torres

Chelsea terus tagih sentuhan gol Torres (kanan).
Chelsea terus tagih sentuhan gol Torres (kanan).
Chelsea terus tagih sentuhan gol Torres (kanan).

PENGURUS Chelsea, Carlo Ancelotti masih menaruh harapan kepada penyerang barunya, Fernando Torres untuk kembali bangkit mencari gol selepas mengalami kekalahan 0-1 kepada Manchester United pada saingan suku akhir pertama Liga Juara-Juara (CL) awal pagi Khamis.

Torres diturunkan sepanjang perlawanan ini bergandingan dengan Didier Drogba kerana yakin dengan kemampuan penyerang dari Sepanyol itu.

“Dia perlu yakin untuk beraksi. Kami mahukan permainan yang berbeza. Saya keluarkan Drogba sepuluh minit sebelum perlawanan tamat kerana dia telah berusaha keras 90 minit pada perlawanan sebelum ini, dan sebab itulah saya meletakkan Torres di padang sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, Ancelotti percaya pasukannya tidak bertuah awal pagi tadi, lebih-lebih lagi pengadil dari Sepanyol, Alberto Mallenco tidak memberi keputusan yang memuaskan apabila pemain United, Patrice Evra menjatuhkan Ramires di kawasan penalti.

“Ia sangat jelas kepada semua orang yang mengikuti perlawanan ini. Saya sedar kadang kala bukan mudah untuk membuat keputusan memberi penalti. Saya berjumpa dengan pengadil selepas perlawanan dan memberitau tindakan itu sepatutnya mendapat penalti, tetapi dia hanya berdiam diri.

“Saya sangat kecewa, namun inilah keputusannya. Ia bukan sahaja melibatkan pengadil utama, tetapi pembantunya juga tidak membantu dalam situasi ini. Pemain-pemain juga agak kecewa tetapi kami perlu melupakan adegan ini dan memberi fokus kepada perlawanan seterusnya,” katanya.

Selain itu Ancelotti berkata, dia tidak akan merehatkan pemain-pemainnya menjelang pertemuan dengan Wigan pada saingan Liga Inggeris hujung minggu ini.

“Fokus kami kini adalah turun menentang Wigan dan menang sekali gus meraih tiga mata. Setakat ini kami tidak menghadapi sebarang masalah fizikal dan kami juga mempunyai masa untuk membuat persediaan bertemu United di Old Trafford nanti,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain