suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hasrat Pelayar Negara Sertai Kejohanan Dunia Terbantut

LANGKAWI: Hasrat skuad pelayaran Malaysia menyertai beberapa kejohanan dunia terbantut kerana menghadapi masalah kewangan dalam persiapan program kelayakan ke Sukan Olimpik London 2012 dan Sukan Sea 2011 di Jakarta November ini.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah berkata terdapat 10 kejohanan pelbagai kategori peringkat dunia termasuk di Eropah terpaksa dilupakan kerana masalah kewangan.

"Peruntukan pembiayaan penyertaan disediakan Majlis Sukan Negara (MSN), jika lewat sampai ia menghadapi masalah dan kelayakan Malaysia akan hilang," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Beliau berkata MYA telah mendaftarkan pelayar untuk mengambil bahagian dan bayaran penyertaannya perlu dijelaskan pada 15 April ini.

"Jika tidak penyertaan mereka terpaksa dilupakan," kata Mohd Afendy. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain