suria

Pelumba Basikal Profesional Terengganu Dibayar Gaji Tetap

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu akan membayar gaji tetap kepada pelumba basikal yang akan dipilih menyertai pasukan profesional negeri itu tahun depan.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata pelumba akan dibayar gaji mengikut prestasi mereka dan berdasarkan kontrak selama dua tahun dan mereka akan dinilai setiap dua tahun sekali.

Beliau berkata pasukan tersebut akan ditubuhkan tidak lama lagi dan pemilihan pelumbanya akan dibuat pada bulan Disember nanti oleh satu jawatankuasa pemilih.

"Seperti yang kita sedia maklum, Terengganu mempunyai pelumba profesional seperti Azizul Hasni Awang dan Anuar Manan dan kita juga mempunyai ramai pelumba basikal yang lain di mana lima daripada enam pelumba yang menyertai pertandingan Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun lepas adalah pelumba anak Terengganu.

"Beberapa pelumba kita juga kini sedang menjalani latihan di Australia. Jadi kita tidak ada masalah untuk membentuk satu pasukan profesional untuk menyertai kejohanan-kejohanan besar di dalam atau di luar negara," katanya di sini, Khamis.- BERNAMA

Artikel Lain