suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Golf: 31 Pasukan Berentap Rebut Piala Pusingan BHI

ALOR SETAR: Kejohanan Golf BHI Kebangsaan Antara Kelab 2010 telah menarik penyertaan 31 pasukan yang akan berentap selama dua hari bagi merebut piala pusingan BHI di Kelab Golf Darulaman and Country Club (DGCC) di Jitra mulai 3 Ogos ini.

Menurut jurucakap jawatankuasa penganjur Norzaliza Kamaruddin setiap pasukan diwakili tiga pemain dan mereka turut bertanding dalam kategori individu.

Katanya kejohanan kali ke-17 itu anjuran bersama BH Insurance Bhd (BHI) dan DGCC, diiktiraf Persatuan Golf Amatur Malaysia.

Pasukan yang bertanding merupakan juara pertandingan peringkat kelab golf masing-masing dari seluruh negara, kata Norzaliza. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain