suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akademi Badminton Tetap Diteruskan - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tetap meneruskan rancangan untuk membina Akademi Badminton Negara, meskipun telah dua kali gagal dalam proses pemilikan tapak, kata Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek pada Selasa.

Beliau berkata, ini memandangkan dana sebanyak RM24 juta telah diperuntukkan untuk pembinaan akademi tersebut dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

"Perancangan kita ini ialah untuk menggabungkan akademi itu dengan akademi berbasikal dan velodrom tertutup yang akan dibina di 'Vision Valley', Labu (Negeri Sembilan)," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kompleks Sukan Kampung Pandan di sini.

Katanya, projek itu adalah kerjasama antara kerajaan dengan sebuah syarikat swasta.

"Bagaimanapun perkara ini masih dalam kajian dan belum diputuskan," katanya.

Pada 2008, KBS mengenalpasti satu tapak di Taman Maluri, Cheras untuk pembinaan akademi itu yang akan menjadi pusat kecemerlangan badminton negara.

Bagaimanapun, KBS terpaksa melepaskan tapak tersebut dan memilih suatu kawasan seluas 3.3 hektar kepunyaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Jalan Cochrane, Cheras.

Baru-baru ini JAS mengambil keputusan untuk tidak melepaskan tapak tersebut kerana ia tergolong dalam hartanah bernilai tinggi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain