suria

Hernandez Impi Kejayaan Bersama United

Hernandez mahu melakar kejutan dalam saingan EPL.
Hernandez mahu melakar kejutan dalam saingan EPL.
Hernandez mahu melakar kejutan dalam saingan EPL.

JAVIER Hernandez yakin dia boleh mencipta kejutan dan berjaya dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Manchester United.

Penyerang Mexico itu berpeluang membukitkan kehebatannya apbila bertemu kelab Major League Soccer, All-Stars di Stadium Reliant pada Rabu selepas tiba dari Chivas Guadalajara.

"Ia satu penghormatan kerana saya mahu mencipta kejayaan besar. Saya menganggap karier di sini sebagai cabaran baru dan akan berusaha membantu pasukan memenangi lebih banyak trofi," katanya.

Hernandez, 22, memberitahu dia boleh melakukan impak walaupun rakan senegaranya, Giovani Dos Santos dan Carlos Vela berusaha untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama pasukan bersama Tottenham dan Arsenal.

Pemain United yang pertama dari Mexico itu berkata, dia ingin merasai tekanan dalam pelbagai cara dan menganggap ia sebagai motivasi.

"Terdapat beribu-ribu orang di dunia yang akan melakukan apa saja untuk berada di tempat saya. Saya bangga kerana diberi peluang," tambahnya.

United memutuskan untuk mendapatkan khidmat Hernandez selepas dia menjaringkan 21 gol dalam 21 aksi liga untuk kelabnya musim lalu.

Dia terus menempa nama dalam aksi Piala Dunia di Afrika Selatan dengan menjaringkan dua gol.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain