600 Sertai Lumba Kayak Berhalangan Di Kedah - Sukan | mStar

600 Sertai Lumba Kayak Berhalangan Di Kedah

ALOR SETAR: Perlumbaan Kayak Berhalangan selama tiga hari bermula 23 Julai ini menarik penyertaan 600 peserta profesional dan amatur dari seluruh negara.

Perlumbaan anjuran Pusat Khidmat Anggota Parlimen Jerlun itu dibahagikan kepada tiga peringkat sejauh 52.22 kilometer bermula dengan ujian masa sejauh 3km di Gua Kerbau, Kodiang, pada hari pertama, diikuti perlumbaan kedua dari Gua Kerbau ke Kerpan sejauh 23.72km dan hari terakhir dari Kampung Biak, Kerpan ke Kuala Tunjang sejauh 25.5km.

"Yang uniknya peserta bakal mengharungi beberapa laluan sukar dan terpaksa mengangkat kayak masing-masing untuk melepasinya," kata Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata perlumbaan itu bakal menguji ketabahan, kepantasan, keberkesanan perancangan dan semangat kerjasama berpasukan.

Ia menawarkan hadiah utama RM10,000. Pertandingan dibahagikan kepada kategori terbuka kebangsaan, tertutup institusi pengajian tinggi, tertutup institusi pendidikan guru dan tertutup Kedah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ambrose Terpantas Antara Pelajar ASEAN

Artikel Berkaitan

Artikel Lain