Akhmal Hasrat Juarai Kejohanan NS Masters

KUALA LUMPUR: Pemain Malaysia Akhmal Tarmizee Nazari mengharapkan tuah bermain di tempat sendiri untuk menjuarai kejohanan Negeri Sembilan Masters Invitational bermula hari ini di Seremban International Golf Club (SIGC).

Akhmal Tarmizee, 20, kini mempersiapkan diri bagi memberi persembahan terbaik untuk berdepan juara bertahan Lam Chih Bing dari Singapura, Unho Park dari Australia dan Aung Win dari Myanmar.

Berdasarkan pengalamannya bermain di tempat sendiri, beliau yang menggondol pingat gangsa di Sukan SEA Korat 2007, yakin bermain di tempat sendiri akan memberi laluan mudah untuk meraih kejayaan.

"Keadaan padang adalah dalam keadaan baik tetapi sukar dijangka. Saya telah bermain di padang golf ini banyak kali tetapi ia adalah berlainan apabila anda menyertai pertandingan.

"Gelanggang adalah berlainan dan agak sukar. Saya pernah mencatat 62 pukulan pada hari biasa tetapi saya sedar jika saya mengekalkan 67 hingga 69 pukulan, saya akan berupaya untuk menang," kata Akhmal Tarmizee dalam kenyataan dari Asian Tour semalam.

Beliau berusaha untuk mengatasi kegagalannya dalam Asian Tour apabila dikalahkan dengan satu pukulan pada peringkat kelayakan sekolah awal tahun ini.

Tiga pemain teratas dalam 'The Asian Development Tour Order of Merit' akan layak menyertai Asian Tour dan Akhmal, yang pada masa ini terikat di tempat kedua, yakin hanya dengan kemenangan akan menempatkan beliau di kedudukan selesa untuk menyertai kejohanan itu.

"Adalah amat mengecewakan apabila saya gagal dalam kelayakan Asian Tour tetapi sekurang-kurangnya sekarang saya berpeluang untuk mendapat tempat," katanya yang menduduki tempat ketiga siri kejohanan pertama Asian Development Tour di Myanmar.

Selain Akhmal Tarmizee, Negeri Sembilan Masters Invitational turut disertai pemain profesional Malaysia yang lain seperti Iain Steel, Shaaban Hussin dan Ben Leong, selain Nicholas Fung dan Haziq Hamizan.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai RM500,000. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain