suria

United Tawar Kontrak Baru Kepada Rooney

WAYNE Rooney (gambar) semakin hampir untuk mempersetujui kontrak baru bernilai 35 juta pound (RM173 jut) dan akan menyaksikannya kekal bersama Manchester United sehingga 2015.

Pendapatan baru Rooney selama seminggu bernilai 130,000 pound (RM642,603) menjadikannya pemain menerima gaji tertinggi dalam sejarah United.

Menurut The Mirror, kedua-dua pihak dilaporkan akan menyempurnakan perjanjian itu sebelum pembukaan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim baru.

Ketua Eksekutif United, David Gill akan berbincang dengan pemain kebangsaan England itu dan ejennya sebaik dia kembali bercuti dari Barbados.

Real Madrid pernah menyuarakan hasrat untuk melakukan perpindahan terhadap Rooney. Oleh itu, United memutuskan untuk mengikat penyerang berusia 24 tahun itu dengan tawaran baru yang lebih lumayan.

Rooney yang masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun menjaringkan 26 gol untuk Red Devils dalam aksi EPL musim lalu meskipun gagal membantu United mempertahankan kejuaraan dengan menduduki tempat kedua.

Artikel Lain