suria

Sebab Politik Punca Cole Angkat Kaki

BEKAS pemain tengah Chelsea, Joe Cole (gambar) mendedahkan dia meninggalkan kelab itu atas sebab-sebab politik.

Pada masa sama, Cole memberitahu dia memerlukan sedikit masa untuk membuat keputusan berhubung masa depannya selepas England tersingkir daripada saingan suku akhir Piala Dunia, semalam.

Pemain berusia 29 tahun itu meninggalkan Stamford Bridge yang disertainya selama tujuh tahun selepas perbincangan kontrak menemui jalan buntu.

Cole memberitahu Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti bukan menjadi punca dia meninggalkan kelab itu sebaliknya pemergiannya dilakukan atas sebab-sebab politik.

"Musim saya bersama Chelsea tidak begitu mengagumkan kerana sebab-sebab polititk dan bukannya karier bola sepak saya.

"Saya amat menghormati Carlo Ancelotti. Pemergian saya bukan disebabkan wang dan Ancelotti. Dia merupakan pengurus terhebat di dunia," katanya.

Tottenham Hotspur dan Arsenal dipercayai berminat membawa masuk Cole pada musim panas ini tetapi dia memerlukan sedikit masa untuk membuat keputusan.

"Kini saya mempunyai masa beberapa minggu untuk menyelesaikan masa depan saya secepat mungkin. Musim depan saya mahu beraksi cemerlang di England bersama kelab baru," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain