Belanda Gagal Pamer Aksi Sebenar - Sukan | mStar

Belanda Gagal Pamer Aksi Sebenar

Penjaga gol Belanda, Maarten Stekelenburg pantas melakukan penyelamatan ketika menentang Denmark semalam. Foto REUTERS
Penjaga gol Belanda, Maarten Stekelenburg pantas melakukan penyelamatan ketika menentang Denmark semalam. Foto REUTERS

BELANDA mempamerkan aksi hambar pada perlawanan pembukaan peringkat Kumpulan E walaupun berjaya menewaskan Denmark 2-0 di Soccer City, semalam.

Mereka antara pasukan pilihan untuk menjuarai trofi Piala Dunia musim ini selepas menamatkan kempen kelayakan dan perlawanan pemanas badan dengan cemerlang tetapi bernasib baik memenangi saingan ini menerusi jaringan sendiri Daniel Agger sebelum Dirk Kuyt meledak gol kemenangan pada minit ke-85.

Denmark yang melakukan kejutan dengan menurunkan penyerang Nicklas Bendtner selepas pulih daripada kecederaan pangkal paha jarang melakukan serangan berbisa dan hanya menekankan taktik bertahan sehingga perlawanan tamat.

"Pada babak kedua, kami bermula dengan gol nasib. Jadi ia terpulang kepada Denmark untuk mencipta kejutan tetapi mereka gagal menyekat kemaraan kami.

"Kemudian kami menjaringkan gol kedua dan corak permainan kami berubah pada babak kedua. Kami mampu menjaringkan satu atau dua gol lagi," kata Pengurus Belanda, Bert van Marwijk.

Walaupun beraksi tanpa kehadiran pemain sayap sensasi, Arjen Robben, Belanda ternyata sukar ditewaskan Denmark.

"Belanda layak menang. Nasib mungkin berbeza jika gol sendiri itu tidak berlaku tetapi perkara seperti ini sering terjadi dalam bola sepak. Selepas itu, Belanda berada pada kedudukan selesa," kata Pengurus Denmark, Morten Olsen.

Belanda tidak beraksi pada corak permainan sebenar tetapi dengan kelibat kapten Giovanni Van Bronckhorst yang memperkuat benteng pertahanan dan pemain tengah Mark Van Bommel, mereka dilihat lebih berbisa dan bergerak pantas berbanding lawan.

Wesley Sneijder, Rafael van der Vaart dan Robin van Persie gagal melakukan penyudah berbisa walaupun Belanda mempunyai beberapa percubaan menarik.

Robben yang sedang berusaha memulihkan kecederaan hamstring dijangka membuat penampilan pertama pada perlawanan kedua ketika Belanda menentang Jepun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Drogba Belum Pasti Beraksi

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.