suria

Peluang Nani Diturunkan Jumpa Mozambique 50-50

Nani tiba bersama skuad Portugal di Lapangan Terbang Antarabangsa OR Tambo di Johannesburg, Afrika Selatan semalam. Foto AP
Nani tiba bersama skuad Portugal di Lapangan Terbang Antarabangsa OR Tambo di Johannesburg, Afrika Selatan semalam. Foto AP
Nani tiba bersama skuad Portugal di Lapangan Terbang Antarabangsa OR Tambo di Johannesburg, Afrika Selatan semalam. Foto AP

KELIBAT pemain sayap Portugal, Nani ketika bertemu Mozambique pada perlawanan persahabatan antarabangsa masih diragui selepas dia mengalami kecederaan bahu ketika menjalani latihan di Lisbon.

Dia terlepas sesi latihan akhir di Portugal Jumaat lalu selepas terjatuh ketika melakukan sepakan akrobatik dan menyebabkan bahunya cedera.

Tahap kecederaan pemain Manchester United itu akan diperiksa semula sebelum aksi pemanas badan menentang Mozambique, esok.

"Kesakitan itu sudah beransur pulih. Namun saya tidak tahu tahap kecederaan itu dan memerlukan ia diperiksa semula kelak," katanya.

Kecederaan lutut yang membelenggu Pepe sejak Disember lalu turut meresahkan skuad Portugal.

Dia tidak beraksi sekian lama tetapi doktor skuad kebangsaan Portugal dan Real Madrid mengesahkan dia akan berlepas ke Afrika Selatan untuk beraksi pada perlawanan akhir Piala Dunia.

Kehadiran pemain pertahanan kelahiran Brazil itu membolehkan Pengurus Carlos Queiroz menurunkannya menentang Mozambique kelak sekali gus membuka peluang kepada Pepe untuk membuktikan dia sudah pulih daripada kecederaan serius sebelum ini.

"Saya tersenarai dalam skuad akhir Portugal. Saya akan membantu pasukan dan pemilihan kesebelasan utama terletak di tangan pengurus," katanya.

Portugal akan bertemu Ivory Coast pada perlawanan pembukaan Kumpulan G, 15 Jun ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

32 Pasukan Piala Dunia

Artikel Lain