suria

China Kejutkan Perancis 1-0

SAINT-PIERRE: Perancis tewas 1-0 kepada China pada perlawanan pemanas badan menjelang bermulanya aksi sebenar Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, 11 Jun ini.

Jaringan tunggal China dihasilkan Deng Zhuo Xiang pada minit ke-68 menerusi sepakan percuma pada jarak 25 meter berjaya menembusi gawang Perancis.

Kemampuan Perancis untuk melakar kejayaan pada Piala Dunia kali ini kini diragui selepas hanya berjaya catat satu kemenangan dan satu seri melalui dua perlawanan persahabatan sebelum ini. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain