suria

[V] Mahkamah arahkan Hafidz Roshdi jalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia

MAHKAMAH Majistret Kuala Kubu Bharu pada Isnin memerintah pelakon Hafidz Roshdi menjalani penilaian kesihatan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Perintah itu dikeluarkan Majistret, Siti Fatimah Talib.

Pelakon itu turut dilarang menganggu Shuhada selain perlu menyerahkan pasport antarabangsa miliknya kepada mahkamah.

Sebelum itu, pelakon berusia 29 tahun itu dikenakan ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri dalam kejadian pada 2 Mac lalu.

Shuhada Pukul

Shuhada menerima 10 jahitan pada bahagian kiri wajahnya selepas mendakwa ditumbuk Hafidz.

Kes tersebut akan disebut semula pada 9 Jun depan bagi proses serahan dokumen dan laporan kesihatan.

Hafidz diwakli Datuk Akberdin Abdul Kadir yang juga peguam pelakon Puteri Sarah Liyana bagi kes penceraiannya dengan pengarah Syamsul Yusof.

Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar dan Elyza Amira Habeeb Rahman.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi mengaku tak bersalah tumbuk isteri, muncul berpakaian jaket tarik perhatian

ARTIKEL BERKAITAN: Kesal Nurul Shuhada mencanang fitnah terhadap keluarga, Hafidz Roshdi beri tempoh 48 jam isteri mohon maaf

Mengikut pertuduhan Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi didakwa menumbuk sebanyak tiga kali di bahagian kiri wajah mangsa selepas berlaku pertengkaran di antara mereka di susur keluar tol Sungai Buaya.

Akibat kejadian itu, Shuhada terpaksa menerima 10 jahitan pada wajahnya dan menyebabkan parut kekal akibat kecederaan tersebut.

Pelakon filem Pusaka itu didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman jika didapati bersalah iaitu penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Hafidz Roshdi

Hafidz hadir ke mahkamah ditemani peguam dan beberapa kenalan.

Pada 5 Mac lalu, Hafidz ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu sebelum wanita itu memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu.

Kes pengesahan lafaz cerai itu akan disebut pada 21 Mac ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Dua maut akibat letupan di kilang