“Berpada-padalah jatuh hukum” - Nak dakwa pengkritik ke mahkamah bukan kenyataan PU Abu!

Pu Abu meminta netizen tidak menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya terhadap orang lain. Foto Instagram: @puabu.official.

PENCENTUS Ummah (PU) Abu Sufyan menafikan telah mengeluarkan sebarang kenyataan ingin mendakwa pengkritik ke mahkamah seperti yang tular di media sosial.

PU Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi turut menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang akaun laman sosial selain Instagram.

PU Abu meminta netizen tidak menjatuhkan hukum terhadap orang lain dengan sewenang-wenangnya.

"Saya tiada apa-apa akaun media sosial melainkan Instagram sahaja. Harap maklum.  Berpada-padalah dalam menjatuhkan hukum ke atas orang," kata PU Abu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Maafkan mereka, anda akan lebih tenang”- Bekas isteri, PU Abu masih tunggu ‘green light’ bapa


Abu nafi dia mempunyai akaun Twitter.

PU Abu membuat kenyataan tersebut menerusi laman Instagramnya untuk menjelaskan akaun Twitter yang menggunakan nama Muhammad Abu Sufyan atau @Pu_Abu itu bukan miliknya.

Menerusi laman Twitter tersebut, akaun tersebut telah membalas tweet kenyataan Haniff Hamzah dengan mengatakan dia ingin mendakwa penyampai radio Era itu di mahkamah.

Haniff sebelum ini telah memuat naik status luahan marah terhadap PU Abu yang mencetuskan kontroversi apabila menceraikan bekas isteri, Ain Afini ketika sarat mengandung.

Sejak 20 April lalu, mStar melaporkan mengenai luahan bekas isteri PU Abu di Instagram yang memaklumkan dia sudah diceraikan menerusi aplikasi whatsapp pada 13 Mac lalu.

Situasi rumah tangga PU Abu dengan bekas isterinya, Ain Afini dan wanita dikenali sebagai Hana Azraa (tengah) masih menjadi perbualan hangat.

Menerusi tulisan Ain Afini, PU Abu memilih untuk menceraikannya demi mengejar cinta seorang janda beranak satu yang dikenali sebagai Hana Azraa.

Sehubungan itu pelbagai cemuhan dibuat netizen terhadap PU Abu kerana bersimpati dengan nasib yang menimpa bekas isterinya lebih-lebih lagi ketika wanita berkenaan sarat mengandung.

Dalam pada itu, PU Abu masih mengunci mulutnya mengenai status hubungannya dengan Hana kerana dikatakan mereka sudah bernikah.

Menerusi video eksklusif wartawan mStar bertemu dengan PU Abu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu lalu, pendakwah itu berkata cerita sebenar kemelut yang berlaku hanya diketahui keluarga ketika-tiga pihak iaitu Ain Afini, Hana Azraa dan ibu bapanya sendiri.

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain