suria

Nabil Mentor meninggal dunia

Nabil meninggal dunia di hospital.

BEKAS peserta program Mentor musim pertama iaitu Nabil Zamanhuri meninggal dunia pada pagi Ahad.

Berita pemergian Nabil disahkan oleh rakannya yang memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang, Selangor.

Allahyarham berusia 37 tahun.

nabil 3

Nabil ketika menyertai Mentor.

"Ya betul Nabil telah pergi meninggalkan kita pagi tadi," katanya ringkas ketika dihubungi mStar.

Katanya, dia hanya menerima khabar namun tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai punca kematian arwah.

Sementara itu, ibu Nabil memaklumkan jenazah anaknya akan di bawa ke masjid di Ukay Perdana, Hulu Klang, Selangor selepas selesai proses bedah siasat.

Untuk rekod, Nabil pernah menyandang tempat naib juara di dalam program Mentor musim pertama pada 2005.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi veteran A. Halim meninggal dunia akibat angin ahmar

ARTIKEL BERKAITAN: FFM 27: Langkah Nabil Zamanhuri Ceburi Bidang CGI Berhasil

Antara lagu-lagu popular yang pernah dinyanyikan adalah seperti Kenangan Lama, Hati Ini, Selangkah dan Beku.

Selain menyanyi Allahyarham juga bergiat aktif dalam lakonan filem dan drama seperti Terbaik dari Langit, Aladdin, Ijab Kabut, BoBoiBoy Movie 2, dan Kamelia Katrina.

Allahyaram meninggalkan seorang balu iaitu Adelia Citra Hapsari dan dua orang cahaya mata perempuan.

Maklumat lanjut akan menyusul.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain