suria

Fizo Omar terjah sekolah jumpa anak, reaksi Maryam undang sebak 

Netizen sebak lihat momen Fizo bersama anaknya.

PERKONGSIAN video pelakon Fizo Omar melawat anak perempuannya di sekolah mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.

Kata Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 39, kehadirannya ke sekolah anaknya iaitu Wan Maryam bagi mengubat rindu setelah sekian lama mereka tidak bertemu.

"Datang buat kejutan kat Maryam. Nak tunggu turn lama sangat, jadi Abe Joe (panggilan Fizo) datang jenguk Maryam kat sekolah.

Copy of Untitled - 2024-05-26T113239.926

Perkongsian video Fizo mendapat perhatian netizen.

"Dapatlah jumpa kejap, Maryam pun gembira sangat daddy datang," katanya.

Fizo berkongsi momen tersebut menerusi hantaran video di TikTok miliknya pada Sabtu.

Dalam video berkenaan, Maryam, 8, dilihat begitu teruja dan tidak henti memeluk ayahnya untuk melepaskan rindu.

Malah kanak-kanak itu dilihat berlari mendapatkan Fizo yang sebelum itu mengintainya dari luar tingkap kelas.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizo Omar tak berani ulas gosip Mawar Karim sudah kahwin, anggap berita gembira jika benar

ARTIKEL BERKAITAN: Tersembam atas sejadah ketika solat Subuh, Fizo Omar panik sangka kena strok rupanya vertigo

Dalam pada itu, Fizo memberitahu dia akan cuba mencuri masa melawat anaknya sekiranya ada urusan kerja berdekatan kawasan sekolah Maryam.

"Setiap kali Abe Joe ada kerja kat area sekolah Maryam, memang akan singgah sekejap jenguk dia...Dari jauh pun jadilah," ujarnya.

Sementara itu, netizen di ruangan komen rata-rata meluahkan rasa sayu melihat momen anak-beranak berkenaan malah ada yang memuji sikap Fizo.

"Sedihnya ujian buat anak-anak dari broken family. Meleleh air mata saya.

Copy of Untitled - 2024-05-26T112242.319

Fizo tetapi mencari waktu untuk meluangkan masa denga Maryam.

"Walaupun ibu bapa berpisah tetapi ingatlah kasih sayang jangan sesekali diabaikan, sedih tengok wajah Maryam," komen netizen.

Untuk rekod, Maryam merupakan anak dari hasil perkahwinan Fizo bersama Mawar Abdul Karim pada November 2013, namun bercerai pada Julai 2019.

Fizo kemudian mendirikan rumah tangga dengan Fazeera Nazri Azrai pada 21 Oktober 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain