suria

Dilabel ‘bebal’ oleh netizen, Beto Kusyairy lebih hati-hati komen isu di media sosial

Beto lebih berhati-hati meninggalkan komen selepas ini.

SUSULAN kejadian bergaduh dengan netizen, pelakon Beto Kusyairy akan lebih berhati-hati jika meninggalkan sebarang komen tentang sesuatu isu di media sosial.

Beto atau Nur Kusyairy Zakuan Osman, 44, berkata, insiden itu membuatkan dia sedar setiap orang berhak menyuarakan pendapat masing-masing.

"Kejadian itu membuatkan saya belajar yang sepatutnya saya tidak perlu ambil kisah.

beto 1

Komen Beto yang disalah erti netizen.

"Saya patut lebih berkelas tinggi dan tak perlu ke tahap itu sebab masing-masing ada hak apatah lagi semuanya di hujung jari.

"Saya dah move on daripada kejadian itu. Biarlah dia dengan caranya," katanya kepada mStar.

Beto berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Malam Bersamamu Rafah 2024 yang diadakan di Glamhall Damansara pada malam Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Beto Kusyairy mula bersilat sejak usia 7 tahun, bukan sekadar pertahan diri tapi bentuk peribadi

ARTIKEL BERKAITAN: Lakonan Beto Kusyairy dalam iklan baju Melayu macam filem, pengasas dedah pernah kena reject sebab tak cukup bajet

Sebelum ini, Beto dicop sebagai bebal oleh seorang individu yang berang dengan komen ditinggalkan pelakon berkenaan dalam sebuah hantaran di Instagram berhubung insiden kemalangan membabitkan atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Elias.

Menjelaskan situasi sebenar, Beto berkata komen ditinggalkan merujuk kepada rasa simpati terhadap mangsa namun disalah ertikan individu tersebut.

Ketika berbalas komen, dia juga bukan dalam keadaan marah sebaliknya hanya ingin melihat keberanian individu tersebut bersemuka dengannya.

beto 3

Beto akan lebih berhati-hati selepas ini.

"Komen saya itu bukannya marah cuma ajak berjumpa biar dia cakap depan muka saya. Adakah dia ada keberanian nak cakap sebab dia tak tahu perasaan sebenar di sebalik komen saya.

"Komen saya tinggalkan merujuk kepada mangsa bukan mengenai sistem perundangan atau reman sebab itu bukan tanggungjawab saya.

"Saya cuma simpati dengan apa yang berlaku kepada mangsa, itu sahaja," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain