suria

Alif Satar bangga jadi sahabat Nabil Mentor, imbau kenangan sama-sama cipta nama sebagai penyanyi 

Alif menyifatkan Nabil seorang yang berbakat besar.

PELAKON dan penyanyi Alif Satar akan sentiasa mengingati kebaikan sahabatnya iaitu Nabil Zamanhuri yang menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Ahad.

Alif atau Muhammad Alif Satar, 34, berkata, Allahyarham juga disifatkan sebagai seorang yang berbakat besar selain sangat positif tentang kehidupan.

"Arwah seorang yang boleh menyanyi dan menari. Seorang yang berbakat besar.

Copy of Untitled - 2024-05-26T141435.796

Alif membuat perkongsian itu menerusi hantaran di Instagram.

"Paling penting, kebaikan dan kelembutan arwah adalah perkara yang saya akan sentiasa ingat," katanya.

Alif berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad.

Dalam pada itu, Alif berkata, sebagai sahabat dia bersyukur dapat mengenali Nabil ketika di awal kemuncuan mereka sebagai penyanyi pada 2006.

Kata Alif, Allahyarham antara rakan seperjuangan yang terawal berjaya dalam karier nyanyian dan berbangga dengan pencapaiannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabil Mentor meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar peka sensitiviti agama, konsert bukan di gereja tapi dewan komuniti

"Ketika kita bermula pada tahun 2006, awak antara orang terawal yang berjaya.

"Saya sangat bangga dan berbesar hati dapat jadi sahabat awak, saya tak akan lupa memori ketika kita zaman remaja dulu," ujarnya.

Pada pagi Ahad, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang, Selangor pada usia 37 tahun.

Jenazah dijangka akan di bawa ke masjid di Ukay Perdana, Hulu Klang selepas selesai bedah siasat.

553 (1)

Nabil menghembus nafas terakhir pada pagi Ahad.

Untuk rekod, Nabil pernah menyandang naib juara di dalam program Mentor musim pertama pada 2005.

Antara lagu-lagu popular yang pernah dinyanyikan termasuklah Kenangan Lama, Hati Ini, Selangkah dan Beku.

Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Adelia Citra Hapsari dan dua orang cahaya mata perempuan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain