suria

Ramai rindu lakonan Zahida Rafik, gemar melancong punca terpaksa tolak tawaran

Zahida tidak suka naskah yang terlalu panjang.

SEPULUH tahun tidak bergiat aktif dalam dunia seni, pelakon Zahida Rafik memberitahu jadualnya yang padat membuatkan dia tiada kesempatan untuk menerima sebarang undangan berlakon.

Zahida atau Zahida Mohamed Rafik, 49, berkata, hobinya yang gemar melancong juga menjadi punca dia tidak dapat memberi komitmen kepada jadual penggambaran.

"Kalau diikutkan saya dah lama 'pencen' tapi tawaran berlakon sentiasa ada. Kadang-kadang rindu nak berlakon, tawaran datang saya pula yang sibuk.

Untitled design (2)

Zahida masih lagi menerima tawaran berlakon.

"Saya suka melancong dan menikmati alam semula jadi. Bila ada tawaran, saya pula tak boleh nak bagi komitmen sebab tak ada masa.

"Bila saya free tiada pula orang bagi tawaran. Jadi macam itulah," katanya kepada mStar.

Zahidah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Malam Bersamamu Rafah 2024 yang diadakan di Glamhall Damansara pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Zahida Rafik Diarahkan Bayar RM5,000 Kepada Bekas Pemandu

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Pemandu Zahida Rafik Beri Keterangan Kepada SPRM

Menurut Zahida, perasaan ingin berlakon sentiasa ada terutama apabila melihat rakan-rakan seusianya masih sakan berkarya seperti dahulu.

Dia juga mengimpikan watak mencabar dan lasak sekiranya mahu melakukan kembali ke dunia lakonan.

Namun dia berharap nashkah yang ditawarkan kepadanya tidak terlalu panjang agar dia boleh meluangkan masa antara hobinya dan lakonan.

zaida

Zahida seronok melancong ke luar negara.

"Bila tengok kawan-kawan berlakon perasaan rindu itu masih ada. Tapi selepas lama tak berlakon, saya takut nak ambil naskhah yang episodnya panjang.

"Baru-baru ini, saya dapat tawaran episod panjang tapi kawan saya ganti. Tawaran itu daripada David Teo.

"Saya lebih selesa memiih yang projek pendek bila nak buat 'come back' nanti," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain