suria

Bertemu jodoh selepas 3 bulan cerai, bekas adik ipar Iqbal Zulkefli anggap ketentuan Allah… Suami penyelamat ketika kemurungan

Ayunie selamat bergelar isteri dengan sekali lafaz.

BEKAS adik ipar kepada usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli selamat bergelar isteri buat kali kedua pada malam Selasa selepas tiga bulan bercerai dengan suami pertamanya.

Anes Ayunie, 22, berkata dia memilih Amirul Hakim sebagai teman hidup selepas dua bulan hubungan mereka rapat meskipun sudah lebih setahun berkenalan.

Sikap penyayang Hakim menjadi faktor utama Ayunie membuka pintu hati menamatkan zaman janda biarpun baharu sahaja bercerai.

"Walaupun hanya kenal dua bulan tapi saya dapat rasa keikhlasannya malah keluarga suami juga terima saya seadanya.

size NP 1 (49)

Ayunie memilih Hakim sebagai teman hidup.

“Ia sudah cukup membuatkan saya bersyukur, Allah curahkan kasih sayang setelah pelbagai kesedihan saya lalui seorang diri.

“Sebenarnya sudah setahun saya kenal suami tapi hubungan kami rapat sejak dua bulan lalu ketika dia menjaga saya sakit,” katanya ketika dihubungi mStar.

Bercakap mengenai penyakit dihadapi, Aiyunie berkata dia mengalami kemurungan selepas perkahwinan pertama berakhir dengan penceraian.

Kata Ayunie, berat badannya juga turun mendadak disebabkan gangguan sihir namun Hakim insan sentiasa menyokongnya untuk kembali pulih.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah sebulan bercerai dengan adik Iqbal Zulkefli, usahawan muda ini dah siap ’secure’ harta sebelum berpisah

ARTIKEL BERKAITAN: Depresi selepas cerai, adik Iqbal Zulkefli berusaha pujuk bekas isteri untuk kembali bersama... “Bukan sebab harta, fikir anak”

"Saya alami kemurungan teruk apatah lagi perlu menguruskan perniagaan, keluarga, urusan mahkamah seorang diri.

"Hakim berjaya menambat hati saya kerana dia menyelamatkan saya daripada pelbagai masalah dan kemurungan,” ujarnya.

Sementara itu, Aiyunie tidak kisah jika ada mempertikaikan perkahwinan keduanya ini sebagai terburu-buru.

Sebaliknya, usahawan itu memberitahu jodohnya dengan Hakim sudah diatur oleh Allah SWT.

size NP 1 (51)

Ayunie menganggap jodohnya sudah diatur oleh Allah.

"Saya pun tak rancang, dalam masa dua bulan tiba-tiba kami rapat dan terlintas untuk mendirikan rumah tangga.

“Kami tak bercinta pun dan Alhamdulillah keluarga menyokong dan semua urusan dipermudahkan,” ujarnya.

Untuk rekod, Aiyunie pernah berkahwin dengan Ahmad Weldan Zulkifli namun bercerai pada November 2023.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain