suria

Seminggu sakit tapi masih gagah cari rezeki, Hasnol terpaksa masuk hospital akibat jangkitan kuman dalam darah

Hasnol kini menerima rawatan di Hospital Serdang.

SEMINGGU mengalami demam berpanjangan, penyanyi Hasnol dimasukkan ke Hospital Serdang, Selangor pada pagi Isnin.

Hasnol atau Hasnol Hassan Ariff, 53, berkata dia tidak mampu menahan kesakitan sehingga terpaksa menghubungi ambulans dan dibawa ke hospital sendirian.

Selain berdepan batuk teruk, Hasnol juga memaklumkan pemeriksaan dibuat mendapati dia mengalami jangkitan kuman dalam darah.

Hasnol masih gigih mencari rezeki walaupun dalam keadaan tidak sihat.

Hasnol sudah seminggu mengalami demam berpanjangan.

"Saya ke hospital pagi tadi dalam pukul 7 pagi. Saya sendiri yang menghubungi ambulans sebab dah tak tahan sangat dengan kondisi kesihatan begini.

"Saya mengalami batuk, asma dan doktor kata kandungan kuman dalam darah pun tinggi. Sekarang saya masih di wad kecemasan dan menunggu untuk ditempatkan ke wad biasa bagi pemantauan seterusnya," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hasnol terbuka hati kembali ke pangkuan bekas isteri, tapi mahu kukuh ekonomi dulu - "Dia bantu ketika saya susah"

ARTIKEL BERKAITAN: "Mana maruah saya sebagai lelaki?" - Tiada pendapatan tetap, Hasnol cerai isteri selepas 12 tahun kahwin

Dalam pada itu, penyanyi Lagu Ku Untuk Mu ini memberitahu sehari sebelum di masukkan ke hospital, dia masih keluar mencari rezeki membuat persembahan di majlis perkahwinan yang berlangsung di Hulu Langat, Selangor.

Kata Hasnol, dia terpaksa menggagahkan diri kerana memikirkan anak-anak yang mahu memulakan persekolahan tidak lama lagi.

Nak buat macam mana, saya masih lagi mahu mencari rezeki. Anak-anak pun dah nak masuk sekolah.

HASNOL HASSAN

PENYANYI

"Sebenarnya saya sudah seminggu demam tidak kebah-kebah. Tapi saya tetap keluar pergi bekerja (buat persembahan) semalam (Ahad). Itu pun sebenarnya keadaan saya sudah teruk.

"Nak buat macam mana, saya masih lagi mahu mencari rezeki. Anak-anak pun dah nak masuk sekolah.

"Saya kini pun masih lagi aktif menyanyi. Harap kesihatan saya lebih baik selepas ini untuk saya terus untuk mencari rezeki," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain