suria

“Ketentuan Ilahi, Alhamdulillah”… Dynas Mohktar selamat bersalin anak perempuan

Dynas selamat lahirkan bayi perempuan.

PELAKON dan pengacara Dynas Mokhtar selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Berkongsi berita gembira menerusi Instagram, Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 39, meluahkan rasa syukur atas kelahiran anak mereka.

"Ketentuan Illahi. Alhamdulillah seorang bayi perempuan untuk kami," katanya.

Dynas kongsi khabar gembira di Instagram.

Bersama kapsyen itu, Dynas turut memuat naik gambar tangannya bersama suami dan bayi mereka.

Perkongsian Dynas itu dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminatnya.

ARTIEKL BERKAITAN: “Alhamdulillah. MasyaAllah bayi lelaki untuk kami” - Dynas Mokhtar bersalin Jumaat lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Dynas Mokthar sah isteri ahli perniagaan dengan sekali lafaz

Untuk rekod, Dynas mendirikan rumah tangga bersama suaminya Mohamad Shazrik Che Mohd Din, 40, pada April 2018 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki Edriel Obil, 3.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 12, dan Mohamed Haqaish, 9.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

@mstarmalaysia

Dapatkan bantuan Sazzy Falak mempromosikan perniagaan anda menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI)! Tonton video penuh dan klik untuk mendaftar sekarang di rhbjomsapot.my

♬ original sound - mStar Official

Artikel Lain