suria

Norlia Ghani, Azrel Ismail diminta mohon maaf, Awesome TV tiada kena mengena isu bayaran tertunggak

Norlia dan Azrel diminat meminta maaf kepada Awesome TV berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan pada media.

PELAKON Norlia Ghani dan Azrel Ismail diminta untuk memohon maaf kepada pihak Awesome TV susulan mendakwa stesen itu gagal melunaskan bayaran tertunggak kepada mereka.

Awesome TV dalam satu kenyataan kepada mStar berkata, tuduhan dilemparkan oleh kedua-dua pelakon itu telah memburukkan nama mereka secara tidak adil.

Ini kerana, Awesome TV tiada kena mengena dengan isu pembayaran tertunggak yang dibangkitkan sebaliknya ia adalah tanggungjawab syarikat produksi yang telah dilantik bagi menerbitkan drama terbabit.

Tindakan Azrel dan Norlia dikatakan mencemarkan nama baik Awesome TV.

"Tindakan Norlia dan Azrel menggunakan media massa dan media sosial mempersoal mengenai bayaran secara tidak langsung mengeret Awesome TV dalam kemelut itu sekali gus mencalarkan imej dan reputasi stesen berkenaan.

"Norlia Ghani dan Azrel Ismail dinasihatkan untuk meminta maaf kepada Awesome TV kerana telah memburukkan nama stesen secara tidak adil," kata kenyataan tersebut.

Selasa lalu, Norlia meluahkan rasa kecewa terhadap Awesome TV dengan mendakwa gagal melunaskan bayaran untuk projek drama bersiri yang dijayakan sebelum bulan Ramadan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jika dua talak sudah dijatuhkan perceraian terkini Syamsul dan Puteri Sarah bertalak tiga

ARTIKEL BERKAITAN: Lama tak bersua muka, cinta Farid Kamil terhadap Diana masih hangat

Menerusi hantaran di Instagram, Norlia berharap stesen TV itu dapat menjelaskan bayaran tertunggak walaupun sedikit.

"Sedih sungguh di hati menunggu bayaran kerja dibuat sebelum bulan puasa, tetapi hari raya pun dah habis. Harap adalah bayaran walaupun sedikit," tulisnya.

Awesome TV tiada kaitan dengan isu bayaran tertunggak.

Azrel pula mendedahkan masih belum menerima wang sebanyak RM20,000 membabitkan lakonannya dalam drama bersiri 18 episod berjudul Jodoh Duda I dan akan mengambil tindakan sekiranya stesen TV itu gagal melunaskan bayaran sehingga hujung bulan ini.

Sementara itu, Awesome TV dalam kenyataan sama menyarankan para artis untuk menyemak kontrak sebelum membuat sebarang tuduhan melulu.

"Manakala golongan netizen pula janganlah membuat spekulasi dengan hanya mendengar sebelah pihak sahaja," kata kenyataan itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain