suria

Selepas 3 tahun, Ronan Keating kembali bikin konsert di Arena of Stars Genting Highlands

Ronan Keating kembali menghiburkan peminat di Malaysia.

KEHANGATAN konsert artis luar negara masih berterusan dengan penyanyi pop Ireland iaitu Ronan Keating bakal menghiburkan peminat di Malaysia pada Ogos depan.

Konsert Ronan Keating Concert Live In Malaysia 2023 itu bakal diadakan pada 19 Ogos, pukul 8.30 malam di Arena of Stars, Resorts World Genting Highlands, Pahang.

Ronan yang popular menerusi lagi When You Say Nothing At All bakal menghiburkan peminat dengan lagu-lagu nostalgianya pada konsert itu nanti.

Ronan memulakan kariernya pada awal 90-an sebagai penyanyi utama kumpulan Boyzone, salah sebuah kumpulan yang terkenal pada era tersebut. Lagu-lagu dendangan Boyzone berjaya menguasai carta muzik di peringkat antarabangsa.

Ronan Keating MP

Konsert berkenaan bakal berlangsung di Arena Of Stars Genting Highlands.

Sejak memulakan karier solonya pada 1999, Ronan Keating aktif mengeluarkan lagu baharu dan beliau berjaya menghasilkan 12 album studio sehingga kini. Antara lagu-lagu kegemaran peminat termasuk If Tomorrow Never Comes, Time After Time, Life Is A Rollercoaster dan This I Promise You.

Selain itu, Ronan Keating berjaya menempatkan dirinya sebagai pemuzik Ireland yang berpengaruh ditambah pula peranannya sebagai pengurus bersama untuk kumpulan Westlife yang popular di peringkat global.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Cari Jodoh’ duet bersama Floor88 bergema di Zepp KL, Wali Band ambil kesempatan sebar dakwah ajak penonton ingat Allah

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian terapi buat Linda Rafar, ‘Sujud’ cerita pelbagai ujian kehilangan orang tersayang

Malah album beliau juga berjaya dijual lebih 20 juta rekod di seluruh dunia, ini tidak termasuk 25 juta rekod dengan Boyzone.

Selama bertahun, Ronan Keating berjaya mencipta nama bukan saja sebagai penyanyi dan penulis lirik tetapi juga sebagai penyiar, penyampai TV, pelakon dan turut terlibat dalam kempen amal kesedaran kanser.

Tiket untuk menonton ‘Ronan Keating Concert Live In Malaysia 2023’ berharga RM638 (VIP), RM588 (PS1), RM388 (PS2), RM238 (PS3) dan RM158 (PS4), boleh dibeli atas talian menerusi Resorts World Genting di www.rwgenting.com dan ejen jualan tiket BookMyShow di my.bookmyshow.com bermula 30 Mei 2023, pukul 12 tengah hari.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan info terkini tentang konsert ini, sila layari Facebook rasmi penganjur iaitu MIC Entertainment Group di www.facebook.com/MICEntertainmentGroup

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain