suria

Bapa Amar Baharin meninggal dunia

Allahyarham Mohd Baharin (duduk,tengah) meninggal dunia pada Khamis.

BAPA kepada pelakon Amar Baharin iaitu Mohd Baharin Amir meninggal dunia pada pagi Khamis.

Amar, 38, memaklumkan pemergian Allahyarham menerusi Instagram miliknya namun tidak dinyatakan punca kematian bapanya.

Pelakon itu menerusi hantaran berkenaan turut memohon semua yang mengenali bapanya agar mengampunkan segala dosanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bantu usahawan buka restoran di Bukit Bintang, Jaafar Onn tak kejar duit tapi mahu tengok peniaga Melayu berjaya

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syafi Tee menangis... terpaksa pindah rumah enggan ibu bapa terus tanggung sedih

"Assalamualaikum. Saya Amar ingin memaklumkan pada semua yang mengenali ayah saya Mohd Baharin Amir, ayah saya telah meninggal dunia.

"Mohon doakan arwah semoga Allah ampunkan segala dosa-dosanya dan andai ada dosa arwah sesama kalian, mohon diampunkan sepanjang arwah hidup di dunia ini.

"Dan Andai ada kata ada pahala dari bacaan ayat-ayat suci al-Quran anda semua, mohon disedekahkan kepada arwah," katanya.

Sementara itu, Amar memaklumkan jenazah akan dibawa ke Masjid Sungai Sekamat Kajang untuk diuruskan sekitar pukul 9 pagi sebelum dikebumikan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain