suria

Shuhada dah banyak beri peluang tapi disia-siakan, syukur kalau Hafidz berubah untuk orang lain

Shuhada mohon diberikan ganjaran pahala atas kesabarannya.

ISTERI kepada Hafidz Roshdi sudah banyak memberi peluang kepada aktor itu untuk berubah ia disia-siakan begitu sahaja.

Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, berkata, dia dan dua anak mereka berhak mendapat seorang ketua keluarga lebih baik dan bukannya individu yang hanya pandai bercakap dan tidak dizahirkan menerusi perbuatan.

"Allah tahu saya dan anak-anak layak mendapat pemimpin yang baik, sanggup buat apa sahaja untuk kami anak-beranak.

"Bukan cakap dekat mulut sahaja, kalau dia sembang nak berubah pun benda sudah banyak kali berulang.

shuhada1 - 1

Perkongsian Shuhada di Instastory.

"Saya memang bukan Tuhan tahu dia boleh berubah atau tidak tetapi saya sudah banyak bagi peluang," katanya.

Shuhada berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya sebagai menjawab soalan seorang pengikutnya yang bertanya sama ada dia pernah terdetik untuk memaafkan Hafidz dan memulakan kehidupan baharu bersama.

Shuhada berkata, dia bersyukur sekiranya Hafidz berubah menjadi lebih baik untuk orang lain dan berharap agar diberikan ganjaran pahala disebabkan banyak bersabar sepanjang melalui pelbagai episod duka dalam rumah tangga mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Siasatan sengaja gugurkan kandungan diklasifikasi tiada kes, Nurul Shuhada ada bukti akibat tekanan

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi dakwa isteri gugurkan kandungan, Shuhada luah hasrat dalam WhatsApp

"Mungkin Allah kata dia tidak akan berubah jadi baik untuk saya dan anak-anak tapi dia berubah untuk orang lain.

"Kalau saya dan anak-anak adalah batu loncatan untuk dia berubah, semoga Allah berikan pahala yang melimpah ruah buat saya dan anak-anak sepanjang hidup kami," ujarnya.

Shuhada bagaimanapun mengakui ujian diterima ketika ini mungkin disebabkan terlalu sayangkan Hafidz sehingga terlupa perkara lain dalam hidupnya termasuk sang Pencipta.

shuhada3 - 1

Shuhada reda dengan takdir yang telah ditetapkan.

"Allah nak tegur saya, saya terlalu sayang hamba Allah lebih daripada Dia. Mungkin? Saya anggap macam itu, jadi saya melangkah ketika hati terlalu memangkah keputusan saya.

"Tapi saya betul-betul buat kerana reda Allah, kalau ini caranya maka lapangkanlah hati saya. Semoga pengorbanan saya ini Allah hadiahkan nikmat yang tak disangka-sangka buat saya dan anak-anak," katanya.

Sebelum ini, Shuhada mendakwa Hafidz pernah melafazkan talak terhadapnya menerusi pesanan mesej di WhatsApp selain melalui panggilan telefon masing-masing pada 22 Januari dan 22 Februari 2023.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan kes penceraian mereka masih dalam perbicaraan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain