suria

Netizen ‘sakit mata’ tengok pakaian Hawa Rizwana ketika karaoke dengan peminat, ini respons tuan badan

Penampilan Hawa dikecam netizen.

GARA-GARA berkongsi video sedang berkaroke bersama peminat, penyampai berita Hawa Rizwana yang berseluar ketat menerima kecaman netizen yang mempersoalkan penampilannya ketika acara tersebut.

Menjawab berkaitan komen-komen yang diberikan, Hawa, 27, berterima kasih atas perhatian yang diberikan dan akan mengambil iktibar terhadap semua teguran yang diberikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Roslan Shah rebah di WHI akibat tekanan darah tinggi, Hawa Rizwana panik pertama kali berlaku ketika siaran langsung

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah lesu baca berita, Hawa Rizwana bukan mengantuk tapi menghayati! - “Saya tak boleh kawal mimik muka bila sampaikan berita serius”

"Mungkin orang biasa melihat penampilan saya di kaca televisyen ketika menjadi penyampai berita. Apa yang saya pakai dalam video tersebut adalah gaya kasual sendiri yang biasa saya pakai apabila keluar.

"Terima kasih atas semua komen-komen yang diberikan. Saya tidak marah dan mengambil iktibar supaya menjadi seorang yang lebih baik di masa akan datang.

"Saya juga mohon maaf, jika video tersebut membuat ada mana-mana pihak tersinggung," katanya ketika dihubungi mStar.

Saya tidak marah dan mengambil iktibar supaya menjadi seorang yang lebih baik di masa akan datang

HAWA RIZWANA

PENYAMPAI BERITA

Menerusi video yang dimuat naik Hawa sebelum itu, bukan sahaja penampilannya dikritik, malah aktiviti karaoke juga mendapat kecaman netizen.

Bagi pemilik nama Hawa Rizwana Ahmad Redzuan ini, ada ketika dia juga mahu berkongsi aktiviti peribadi dan tidak hanya berkaitan dengan kerjaya samata-mata.

Apa yang penting baginya adalah setiap perkongsian itu tidak keterlaluan dan bukannya mendatangkan ancaman kepada orang lain.

hawa rizwana 2

Hawa terima teguran secara terbuka.

"Sebagai manusia biasa saya juga ada hobi sendiri, cuma sebelum ini jarang berkongsi di media sosial. Saya tidak mahu sekadar tunjuk kerja sahaja.

"Apa pun perkara yang saya buat ada batasnya. Saya tidak pernah lupa pesan ibu bapa dan tidak kacau orang lain," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain