suria

Anak nafi Hamid Gurkha masuk ICU, tapi masih dalam pemantauan doktor akibat batuk teruk

Anak nafi Hamid dimasukkan ke ICU seperti yang dikatakan Ogy di laman sosial.

MENGALAMI batuk berkahak sejak malam Rabu, pelawak legenda Hamid Gurkha dimasukkan ke wad biasa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

Menurut anak lelaki Hamid dikenali Fendy, bapanya yang kini menerima rawatan di wad pemantau mengalami kesukaran untuk bernafas disebabkan batuk namun bersyukur keadaan beransur pulih.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sihat lagi... kalau nak belanja makan pun boleh” - Jenaka Hamid Gurkha masih berbisa

Fendy turut menafikan kenyataan pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud atau Ogy yang mengatakan pelawak berusia 90 tahun itu tenat sehingga dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Masa saya sampai di hospital, ayah sudah berada di wad pemantau.

FENDY

ANAK HAMID GURKHA

"Buat masa ini, dia susah sikit nak bernafas sebab alami batuk yang tidak henti dan kahak tebal sangat. Sekitar pukul 6 pagi tadi, anak-anak bawa dia pergi hospital.

"Masa saya sampai di hospital, ayah sudah berada di wad pemantau. Itu saja keadaannya sekarang. Saya tahu tadi petang kak Ogy ada muat naik status kata pak Hamid di ICU.

"Alhamdulillah, ayah baik saja... dia dah makan dan tidur. Yang masuk ICU itu mungkin salah faham saja. Agaknya mereka pun tak pasti," katanya ketika dihubungi mStar.

Hamid Gurkha

Hamid bersama isterinya, Timah.

Pada 11 Mei lalu, BH Online melaporkan perkembangan terkini Hamid atau Pak Hamid masih kuat dan mampu berdikari malah menjadi sumber kekuatan isteri dan anak-anak.

Isterinya, Timah Abdul Hamid, 80 atau Mak Timah berkata, jati diri sebagai bekas anggota tentera, menjadikan suaminya tidak putus asa walaupun semakin uzur.

Sebelum ini, Pak Hamid juga pernah disahkan positif COVID-19.

Pak Hamid dan Timah mendirikan rumah tangga pada April 1957 dan mereka dikurniakan lapan cahaya matanya, namun dua daripadanya meninggal dunia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain