suria

Luca Sickta pilih wanita Sabah, pikul tanggungjawab didik isteri dalami Islam

Luca dan pasangan bernikah di Kota Kinabalu, Sabah.

KOMPOSER dan penyanyi rap Luca Sickta sah bergelar suami kepada penerbit radio ERA FM Sabah, Nur Robecca Ruth Robert Abdullah pada 10 pagi, Khamis.

Luca, 33 bersyukur majlis yang diadakan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah berjalan dengan lancar biarpun berdepan sedikit cabaran.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Neraca’ cara Kmy Kmo, Luca Sickta tegur masyarakat dalam diam - “Sekarang ni benda buruk dah nampak baik di mata orang”

Menurut pemilik nama Shameer Ashraf Shahruddin, dia kini memikul tanggungjawab yang besar untuk mendidik isterinya yang baharu memeluk agama Islam setahun lalu.

Luca 2

Luca bersyukur majlis pernikahannya berjalan dengan lancar.

"Pada awalnya majlis akad nikah akan diketuai bapa saudara Robecca, tapi malangnya dia disahkan positif Covid-19 dan terpaksa digantikan oleh imam masjid di sini.

"Walaupun berdepan cabaran tapi saya bersyukur semua berjalan dengan lancar. Lagipun majlis ini diadakan secara sederhana saja memandangkan kes Covid-19 yang masih tinggi.

"Pernikahan ini adalah satu fasa baru dalam hidup. Saya kini memegang satu tanggungjawab besar sebagai suami.

"Selain perlu mendidik isteri dalami agama memandangkan Robecca baru memeluk agama Islam setahun lalu," katanya.

Pernikahan ini adalah satu fasa baru dalam hidup.

LUCA SICKTA

KOMPOSER & PENYANYI

Pasangan itu dinikahan oleh imam masjid berkenaan iaitu Hassan Sapar.

Luca Sickta menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 manakala tiada pertukaran dulang hantaran antara kedua-dua belah pihak.

Pasangan itu juga memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran di atas persetujuan kedua-dua belah keluarga.

Dalam pada itu, penyanyi lagu 7 Nasihat ini memberitahu dia mula mengenali Robecca sekitar setahun lalu ketika berada di Kota Kinabalu atas urusan kerja.

Luca 1

Luca mengenali isterinya sejak setahun lalu.

"Perkenalan kami memang singkat tapi saya selesa berkawan dengannya kerana kami memiliki pemikiran dan hala tuju yang hampir sama.

"Lagipun hubungan yang dibina bukanlah sekadar 'cinta monyet' atau nak bersuka ria. Umur kami pun sudah mencecah 30-an, jadi fokus kami lebih kepada masa depan dan melalui kehidupan bersama-sama," ujarnya.

Luca turut melahirkan rasa syukur apabila hubungan mereka mendapat restu ibu bapa isterinya yang banyak memberi galakan serta sokongan.

"Saya sebenarnya sangat bersyukur kerana hubungan kami mendapat restu kedua ibu bapa Robecca. Malah bapanya sendiri yang memberi galakan dan sokongan untuk Robecca memeluk Islam.

"Cuma sekarang ini tugas saya pula untuk memastikan Robecca mendalami ilmu agama secara perlahan-lahan. Saya pun tidak mahu terlalu tegas dalam mendidiknya, tapi hal yang wajib dia perlu ambil tahu," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain