suria

Ain Edruce panik anak tiba-tiba demam panas, badan naik bintik-bintik... Rupa-rupanya positif Covid-19

Ain menjaga dan menguruskan anaknya di hospital.

ANAK perempuan kepada pelakon Ain Edruce iaitu Soraya disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian calitan pada Rabu.

Ain atau Nurulain Edruce berkata, dia bergegas ke unit kecemasan di sebuah pusat perubatan selepas anaknya mengalami demam panas dan naik bintik-bintik merah di badan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Ain Edruce dijangkiti Parainfluenza, suhu badan kerap turun naik

"Mula-mula naik bintik-bintik merah dekat badan Soraya. Saya ada buat ujian Covid-19 pada Soraya dan ketika itu keputusan negatif.

Ain 1

Anak Ain masih dirawat di hospital.

"Tapi disebabkan badan dia panas dan suhu badan sangat tinggi, saya terus bawa ke unit kecemasan. Sebelum nak kena tahan wad, kena buat swab test.

"Bila buat ujian calitan, rupa-rupanya dia disahkan positif Covid-19. Sebab itu badan dia naik bintik-bintik merah," kata Ain kepada mStar.

Bukan saja Soraya, tetapi suami dan pembantu rumah juga dijangkiti Covid-19.

AIN EDRUCE

PELAKON

Malah, pelakon yang terkenal menerusi drama Kekasih Paksa Rela ini turut memberitahu suami dan pembantu rumahnya juga disahkan positif Covid-19.

Menurut aktres berusia 31 tahun ini, dia terpaksa menjaga dan menguruskan anaknya di hospital memandangkan hanya dirinya tidak dijangkiti.

"Bukan saja Soraya, tetapi suami dan pembantu rumah juga dijangkiti Covid-19. Suami saya kuarantin kendiri di rumah.

"Buat masa sekarang, saya seorang saja tidak dijangkiti, jadi saya yang menjaga dan menguruskan Soraya di hospital.

Ain 2

Suami Ain turut disahkan positif Covid-19.

"Doktor masih nak pantau keadaan Soraya. Alhamdulillah, suhu badan dah menurun. Insya-Allah mungkin lusa dibenarkan pulang," ujarnya.

Pada penghujung Disember tahun lalu, anak Ain yang berusia hampir setahun itu dijangkiti virus Parainfluenza sehingga terpaksa ditahan wad.

Untuk rekod, Ain mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Amirul Hafiz pada 13 Disember 2019 dan dikurniakan zuriat, Soraya pada 19 Mei tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain