suria

Liza Rafar tumbang di set penggambaran, alami sesak nafas dan serangan anxiety

Liza (kiri) kini sedang berehat di rumah selepas menerima rawatan hospital

PELAKON Liza Rafar dikejarkan ke hospital Putrajaya pada Rabu selepas mengadu sesak nafas ketika menjalani penggambaran drama berjudul Amanat Wasiat Sumayah.

Menurut adiknya iaitu Diana Rafar, Liza baru sahaja pulih daripada Covid-19 dan turut mengalami masalah anxiety.

ARTIKEL BERKAITAN: Zamarul Hisham, Diana Rafar bakal timang anak ketiga, umum hamil 5 bulan - “Terima kasih Allah jadikan dia permaisuri hidupku!”

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Rafar rasa rindu setiap kali terpandang telefon Nokia arwah ibu

“Kak Liza memang ada anxiety dan dia baru sahaja pulih daripada Covid-19.

“Mungkin disebabkan long Covid dan penggambaran yang terlalu lama menyebabkan dia sesak nafas di lokasi penggambaran.

diana rafar

Diana turut memberitahu dia dan keluarga baru pulih dari Covid-19

“Saya pun dapat tahu daripada kru produksi yang menghubungi saya memberitahu hal tersebut.

“Mereka kata Kak Liza terlalu lemah dan tidak boleh bernafas,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Dah lama juga dia tidak diserang anxiety yang teruk begini

DIANA RAFAR

PELAKON

Bagaimanapun Diana berkata, kakaknya itu kini sudah berada di rumah dan sedang berehat.

Tambahnya, doktor menasihatkan supaya Liza diberi pemantauan rapi dan dibawa semula ke hospital jika keadaan menjadi serius.

“Selepas menerima rawatan di unit kecemasan, Kak Liza dibenarkan pulang dan dia sedang berehat di rumah.

“Saya sendiri belum bercakap dengan dia. Biarlah berehat dahulu.

“Dah lama juga dia tidak diserang anxiety yang teruk begini. Saya juga sangat risau sehingga tidak boleh tidur semalam,” ujarnya.

Dalam masa sama, Diana turut berkongsi dia dan keluarga baru sahaja selesai menjalani tempoh kuarantin selepas dijangkiti Covid-19.

Katanya, dia juga mengalami simptom sukar bernafas dan hilang selera makan.

“Saya pun baru tamat kuarantin. Memang terasa sukar bernafas sekarang ini. Nak makan pun tidak ada selera dan asyik muntah.

“Semoga kita semua dijauhkan dari virus ini,” ujar isteri kepada pelakon Zamarul Hisham ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain