suria

Terlalu mesra dengan hero, Ruhainies hanya ikut skrip... Masih tahu jaga batas, tak melebih-lebih

Ruhainies tahu menjaga batas dalam lakonan

PERNAH dikecam terlalu mesra dengan Zul Ariffin, kali ini aktres Ruhainies dikaitkan pula dengan pelakon Fadlan Hazim selepas bergandingan dalam drama Sayang Tak Dikenang.

Menjelaskan hal itu, Ruhainies berkata, dia hanya menghidupkan watak dalam drama yang dilakonkan bersama supaya mencapai keserasian.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ruhaines nampak macam tak pakai seluar, dituduh tak malu menari dengan abang ‘delivery’ - “Sebab suntingan nampak warna seluar berbeza”

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies masuk hospital akibat keracunan makanan, minta keluar kerana mahu sambung kerja

Bagaimanapun, pemilik nama penuh Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 29, berkata, dia tahu untuk menjaga batas agar hubungan itu tidak berlebihan.

“Saya hanya mengikut kehendak skrip dan pengarah. Itu tugas sebagai seorang pelakon.

“Kalau perlu bermesra, saya akan ikut. Namun tidaklah sehingga melampaui batas,” katanya kepada mStar.

ruhainies 2

Gandingan Ruhainies dan Fadlan dalam drama Sayang Tak Dikenang

Ruhainies mengulas perkara itu pada sidang media drama Sayang Tak Dikenang yang turut menampilkan Fadlan Hazim sebagai hero.

Sebelum ini, netizen mula teruja melihat Ruhainies dan Fadlan yang berbalas komen manja di Instagram.

Berkongsi lebih lanjut tentang drama itu, Ruhainies bersedia dikecam penonton yang marah dengan watak lakonannya yang disifatkan terlalu naif.

“Dengan Fadlan kali ini tidaklah begitu mesra sangat kerana dia juga ada hubungan cinta dengan wanita lain dalam drama tersebut.

“Saya tahu penonton akan marah dan katakan watak Ayu sebagai seorang yang bodoh kerana terlalu percayakan orang lain.

Kalau perlu bermesra, saya akan ikut

RUHAINIES

PELAKON

“Saya sendiri rasa geram apabila membaca skrip drama ini,” ceritanya.

Drama adaptasi novel karya Wazrul Shah ini diarahkan oleh Feroz Kadir. Ia bakal bersiaran pada 4 Mac di slot Akasia TV3.

Selain Ruhainies dan Fadhlan drama ini turut menampilkan wajah baharu Ezzanie Jasny sebagai pelakon utama.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain