Dugaan besar keluarga Serina Redzuawan, ibu kena potong kaki... Chef Wan pula terkena penyakit kayap

Serina bersama ibunya yang akan menjalani pembedahan potong kaki, manakala Chef Wan terkena sakit kayap. Foto: Instagram @/serinaredzuawan.

PELAKON Serina Redzuawan berkongsi berita sedih apabila diberitahu ibunya Norharyati Ayub perlu menjalani pembedahan bagi memotong kaki akibat penyakit kencing manis.

Lebih memeritkan, Serina, 37, berkata, sebagai anak dia diminta menyampaikan berita itu kepada ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat ugut boikot perniagaan Serina gara-gara sokong BN

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya mengaku silap bila dirasuk syaitan" - Chef Wan mohon maaf mahu tampar Najib

"Ya Allah... mula-mula dapat berita mengenai mama yang perlu jalani pembedahan potong kaki, rasa berpusing dunia sekejap.

"Jadi kelu tak boleh berkata-kata. Saya tidak tahu macam mana nak beritahu kepada mama hakikat ini, doktor pakar minta anak sampaikan sendiri pada ibu," ujarnya di Instagram pada Rabu.

Serina bersama bapa dan anak-anaknya.

Anak kepada, tukang masak terkenal iaitu Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan berkata, dia terpaksa cekalkan hati untuk memberitahu berita buruk itu kepada ibunya.

Selepas dipujuk dan menerangkan perkara itu, kata Serina ibunya reda dan menerima hakikat tersebut.  

"Saya tahu, mama tentu kecewa dan menangis. Saya kuatkan hati dan berdoa kepada Allah untuk meminta kekuatan.

"Selepas saya memujuk dan terangkan mengapa perlu potong kaki sebab mahu selamatkan nyawa mama, dia boleh terima dan reda.

Saya tahu, mama tentu kecewa dan menangis. Saya kuatkan hati dan berdoa kepada Allah untuk meminta kekuatan.

SERINA REDZUAWAN

PELAKON

"Dia berasa sedih dan menangis. Saya peluk dan cium dia untuk bagi semangat," katanya.

Selain daripada itu, Serina juga memberikan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan ibunya. 

"Saya mahu ucapkan terima kasih kepada yang datang lawat mama, beri motivasi dan semangat. Semoga Allah SWT membalas jasa baik kalian. Doakan mama selamat operation ya semua.

"Dugaan yang berat untuk saya dan keluarga. Saya reda atas ketentuan Allah SWT," ujarnya.

Serina memberitahu bapanya iaitu Chef Wan kini turut dirawat di hospital.

Sebelum itu, pada Selasa Serina memuat naik foto melawat bapanya Chef Wan yang kini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan.

Menurut Serina, tukang masak itu terkena penyakit kayap.

"Tadi (Selasa), lawat papa di hospital kena sakit kayap. Papa kata sakit terasa panas kulit macam terbakar dan bisa.

"Ada gelembung air, I pun tak boleh bayangkan sebab tak pernah kena. Tapi kesian bila dengar. Papa ni jenis antibodi kuat, jarang sakit. Tapi bila dah sakit memang nak kena rehat sepenuhnya," ujarnya.

Chef Wan dan Norhayati berkahwin pada 1982, rumah tangga yang dibina hanya bertahan selama tiga tahun.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang anak Mohd Nadzri dan Serina.

Serina Redzuawan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain