“Race, race juga... esok dia tak tanya finish ke Ironman tu?” - Alif kongsi video solat ketika cabaran Ironman, jawab persoalan netizen - Hiburan | mStar

“Race, race juga... esok dia tak tanya finish ke Ironman tu?” - Alif kongsi video solat ketika cabaran Ironman, jawab persoalan netizen

Alif jadi inspirasi utamakan solat walaupun sedang bersukan.

VIDEO perkongsian selebriti terkenal Alif Satar di laman Youtube yang menyaksikan perjalanannya menamatkan cabaran Ironman Langkawi 2019 dalam tempoh 15 jam pada Oktober lalu mendapat perhatian netizen.

Menerusi salah satu daripada tiga video yang dimuat naik, Alif menjawab soalan netizen tentang perlaksanaan ibadah solat dalam perlumbaan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau dah lenjan 15 jam macam tu... solat semua dekat mana ya?” - Alif Satar jawab soal sembahyang ketika cabaran Ironman

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil masa 15 jam, Alif Satar berjaya tamatkan cabaran Ironman - “Perkara gila yang saya pernah lakukan” 

Video Alif raih lebih 400,000 tontonan dan 16 ribu tanda suka.

"Race, race juga... Ironman, Ironman juga... esok dia (Allah) tak tanya finish ke Ironman tu?" 

"Ketika badan kau tiada apa-apa, bila kau solat kau rasa satu benda yang baru. Satu benda yang kau buat hari-hari dan bila kau buat dalam saat kau tiada apa-apa ia seperti penyelamat untuk kau. Lepas solat rasa fresh seperti baru lepas mandi," ujarnya.

Perkongsian pemilik nama Muhammad Alif Mohd Satar, 29, menjadi bualan sehingga namanya trending nombor satu laman sosial Twitter pada Selasa.

Ia menutup komen negatif netizen yang mempersoalkan tanggungjawabnya dalam menunaikan sembahyang lima waktu dalam acara itu.

Pada 26 Oktober lalu, Alif berjaya menamatkan cabaran Ironman yang memerlukannya untuk berenang sejauh 3.8 kilometer, 190 kilometer berbasikal dan 42 kilometer berlari di Pantai Cenang, Langkawi. 

Rata-rata netizen termasuk rakan artis memuji tindakan Alif tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim walaupun dia sedang melakukan aktiviti bersukan.


Beberapa netizen yang memuji sikap perbuatan Alif.

"Alif Satar idola. Ironman, ironman juga, esok Allah tak tanya habis ke Ironman tu kalau tak solat.

"Tengok la YouTube Alif Satar dia tunjuk kot pasal dia prepare untuk solat time running tu.

"Berkaca weh mata tengok video ironman Alif Satar. Betul-betul boleh dijadikan inspirasi. Romantik dengan isteri, hormat mak bapa, stamina kuat." tulis beberapa netizen di Twitter. 

Tahun ini merupakan kali kedua pelakon drama Red Velvet itu menyertai kejohanan tersebut. 

Alif Satar

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain