“Mungkin orang keliru tak dapat bezakan baby bump atau buncit” - Feeya Iskandar padam foto, 'annoying' ucapan tahniah disangka hamil lagi - Hiburan | mStar

“Mungkin orang keliru tak dapat bezakan baby bump atau buncit” - Feeya Iskandar padam foto, 'annoying' ucapan tahniah disangka hamil lagi

Feeya muat naik foto buktikan dia tidak hamil.

PENYAMPAI Radio Suria FM iaitu Feeya Iskandar berasa berasa lucu apabila netizen menyangka dia sedang hamil gara-gara ternampak seakan-akan 'baby bump' menerusi foto yang dimuat naik di Instagram.

Feeya atau lebih dikenali sebagai Cik Piah, 29, berpendapat bahawa netizen begitu teruja sehingga tidak dapat membezakan 'baby bump' dan ciri fizikal perut yang buncit.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit kepala dan hilang selera makan, Feeya Iskandar dijangkiti Influenza B

"Rasa kelakar tau. Kalau buncit tu pregnant

"Mungkin orang confuse tak reti nak bezakan 'baby bump' dengan buncit. Lagipun dah beranak, orang perempuan biasalah perut tu buncit sikit. Tak sempat nak buat sit up," katanya sambil tertawa ketika dihubungi mStar. 


Feeya mahu beri perhatian lebih pada kedua-dua anaknya.

Feeya diminta mengulas mengenai tindakannya memadam sebuah foto memperlihatkan perutnya seakan-akan menayangkan 'baby bump'.

Rata-rata netizen membuat spekulasi sendiri dengan memberikan ucapan tahniah di ruangan komen foto berkenaan. 

Dalam pada itu, Feeya kemudian memuat naik sebuah lagi posting bagi menjawab persoalan netizen berkaitan sangkaan netizen itu.

Jelasnya, dia tidak merancang untuk hamil dalam masa terdekat untuk memberikan perhatian lebih kepada cahaya matanya yang kini berusia dua dan satu tahun. 

Saya delete gambar tu sebab rasa annoying la, orang ucap-ucap tahniah bagai. Gambar kedua yang saya upload tu angle betul, posture betul. 

Feeya Iskandar

Penyampai Radio Suria FM

"Saya delete gambar tu sebab rasa annoying la, orang ucap-ucap tahniah bagai. Gambar kedua yang saya upload tu angle betul, posture betul. Dapatlah saya buktikan pada netizen yang saya ni tak hamil sebab kalau pregnant, mana boleh sorok perut. 

"Buat masa ni, saya tak rancang lagi nak hamil. Sebab anak pertama dengan kedua tu rapat. Jadi, saya nak fokus lebih pada mereka," ujarnya. 

Feeya Iskandar , pregnant

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain