suria

Neelofa dikuarantin seminggu akibat Influenza A, “Saya menolak secara baik sesiapa yang ingin melawat”

Neelofa dijangkiti Influenza A selepas pulang daripada mengerjakan Haji pada baru-baru ini. Foto IG: @neelofa.

PENGACARA dan pelakon Neelofa memohon maaf kepada semua pihak kerana membatalkan temujanji yang telah ditetapkan gara-gara dirinya dijangkiti Influenza A selepas pulang mengerjakan haji baru-baru ini.

Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 30, dia juga terpaksa menolak semua jemputan acara dan dinasihatkan untuk kuarantin selama seminggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bantu selesai masalah visa, Neelofa hadiah sejambak bunga kepada Zizan, “Terima kasih perkenalkan individu di kedutaan Arab Saudi”

Malah usahawan terkenal ini enggan menerima sesiapa sahaja yang ingin melawatnya sebagai langkah berjaga-jaga.

Neelofa memuat naik kenyataan tersebut menerusi Twitter.

"Assalammulaikum... Malangnya, trip saya ke Arab Saudi baru-baru ini menyebabkan saya dijangkiti dengan Influenza A dan saya dinasihatkan untuk kuarantin selama seminggu.

"Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada semua pelanggan, rakan kongsi dan mereka yang sudah membuat temujanji dengan saya sepanjang minggu ini.

"Saya juga akan menolak secara baik semua jemputan acara dan sesiapa sahaja yang ingin melawat saya sebagai langkah berjaga-jaga," katanya.

Sebelum ini, Neelofa bersama beberapa lagi jemaah aji berdepan dengan masalah visa dan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Antara netizen yang mendoakan Neelofa.

Bagaimanapun, masalah tersebut dapat diselesaikan dengan bantuan pelakon dan pelawak Zizan Razak dan Neelofa berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 7 Ogos lalu.

Neelofa memberi kenyataan tersebut menerusi laman sosialnya pada Rabu dan rata-rata netizen berharap keadaan pengacara program MeleTOP itu cepat pulih seperti sedia kala.

Dalam pada itu, pelakon drama Red Velvet ini juga mengharapkan dirinya cepat sembuh pada minggu hadapan supaya dapat bekerja semula.

"Semoga, saya akan kembali sihat pada minggu hadapan dan boleh bekerja semula. Tolong doakan kesihatan saya cepat sembuh," ujarnya.

Neelofa

Artikel Lain