“Macam friendzone, Ernie nak pegang tangan Syamel tapi tak disambut” - Netizen terhibur persembahan ulang tahun perkahwinan Siti Nurhaliza - Hiburan | mStar

“Macam friendzone, Ernie nak pegang tangan Syamel tapi tak disambut” - Netizen terhibur persembahan ulang tahun perkahwinan Siti Nurhaliza

Reaksi spontan Ernie dan Syamel mencuri tumpuan netizen.

PERKONGSIAN rakaman pendek nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama tiga lagi penyanyi iaitu Mark Adam, Syamel dan Ernie Zakri semasa ulang tahun perkahwinannya yang ke-13 mencuri perhatian pengikut di Instagram.

Ia berikutan reaksi spontan Ernie yang kelihatan seperti ingin memegang tangan Syamel, namun ditepis oleh penyanyi lelaki itu.

Rata-rata netizen terhibur dengan tindakan Syamel yang tidak memberi respon terhadap permintaan Ernie itu dan meneruskan nyanyian seperti biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering berkepit dengan Syamel, Ernie kata akan teruskan selagi orang suka

ARTIKEL BERKAITAN: Syamel pelengkap untuk lebih yakin... Ernie Zakri teruja mereka kembali disatukan

"Macam friendzone je Ernie nak pegang tangan Syamel tapi tak disambut.

"Nampak tangan Ernie macam nak pegang tangan Syamel... by the way love sangat geng MSSE (Mark Adam, Siti Nurhaliza, Syamel, Ernie).

Siti berduet bersama Ernie dan Syamel.

"Harap-haraplah dia orang tu memang couple suka sangat tengok dia orang berdua, semoga ada jodoh!," komen netizen di muat naik tersebut.

Pada Selasa lalu, Siti Nurhaliza meraikan ulang tahun perkahwinannya bersama Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa yang ke-13.

Majlis secara sederhana itu diadakan di kediaman penyanyi tersebut dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat.

Siti dan Datuk K berkahwin pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018.

Netizen tercuit hati menonton rakaman video nyanyian Ernie dan Syamel.

Dalam pada itu, seorang peminat menjelaskan penyanyi lagu Ku Bersuara ini bukannya ingin memegang tangan Syamel, sebaliknya ia tersentuh tanpa disengajakan.

"Ernie bukan nak pegang tangan Syamel tapi dia nak suruh Syamel nyanyi sekali sebab part tu Syamel tak ikut nyanyi sekali.

"Tapi tangan dia orang tersentuh jadi nampak macam Ernie nak pegang tangan Syamel, dia orang pun terkejut bila tangan tersentuh macam tu, sebab tu Ernie tergelak, Syamel pula cepat-cepat cover line," tulis pemilik akaun @berdualebihsengit.

Video nyanyian yang dimuat naik di Instagram @ctdk itu menerima lebih 100,000 tontonan dan hampir 300 komen peminat.

Dalam rakaman itu, mereka menyanyikan lagu One Sweet Day nyanyian asal Mariah Carey dan Boyz ll Men.

Siti Nurhaliza , Syamel , Ernie Zakri

Artikel Lain