"Nampak normal, saya bimbang mereka dipukul" - Pat (Candy) pernah rahsiakan dua anak hidap autistik - Hiburan | mStar

"Nampak normal, saya bimbang mereka dipukul" - Pat (Candy) pernah rahsiakan dua anak hidap autistik

Patricia bergambar kenangan bersama suami dan anak-anak.

VOKALIS kumpulan Candy iaitu Patricia Robert mendedahkan pada awalnya dia memilih untuk merahsiakan keadaan kesihatan dua anaknya iaitu Darren Haikal, 15, dan Dylan Haidar, 7, yang merupakan penghidap autistik daripada pengetahuan umum.

Pat atau nama sebenarnya Nurul Nadhira Patricia Robert ini berkata, dia mengambil masa yang lama sebelum benar-benar bersedia berkongsi mengenai perkembangan membesarkan anak-anak istimewa itu. 

Isteri kepada pemuzik terkenal Edrie Hashim, 45, berkata, dia mempunyai sebab tersendiri dalam membuat keputusan untuk merahsiakan perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak autisme dikatakan 'tak berapa betul', Zarina Zainuddin terkilan dengan komen ikut sedap mulut

ARTIKEL BERKAITAN: Simpati! Anak Zarina Zainuddin Bertindak Agresif

"Mula-mula saya memang tak boleh terima anak saya adalah autisme. Sebab itu saya sendiri tak pernah sebut apa-apa tentang anak terutama mengenai autisme.

"Saya juga ada sebab tersendiri selain bimbang sekiranya satu hari nanti mereka pulih, dia akan malu jika orang tahu mereka autisme," katanya kepada mStar.


Dua anak lelaki Pat hasil perkahwinan bersama Edrie Hashim.

Bagaimanapun, Pat berkata dia mula terbuka hati untuk berkongsi perkembangan kanak-kanak itu selepas berasa bimbang tindakan orang sekeliling yang tidak memahami situasi kesihatan dua anaknya itu.

"Mereka nampak seperti orang normal sahaja. Cuma tindakan mereka yang tidak normal membuatkan saya bimbang jika mereka dipukul.

"Sejak itu saya dan Edrie terfikir untuk dedahkan keadaan kesihatan mereka kepada umum.

Mula-mula saya memang tak boleh terima sebab itu saya sendiri tak pernah sebut apa-apa tentang anak terutama mengenai autisme.

PATRICIA ROBERT

PENYANYI

Dalam pada itu, Pat turut memuji ketabahan pelakon Zarina Zainuddin yang sentiasa berkongsi perkembangan dua anak kembarnya yang menghidap autisme menerusi laman sosial.

Kata Pat, apa yang dikongsi dramatis itu adalah tindakan yang betul dan memberi pendedahan kepada masyarakat.

"Saya memuji dan kagum dengan tindakan Zarina yang sering berkongsi mengenai anaknya di Instagram. Dia banyak memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai penyakit autisme ini.

"Bila tengok video dikongsikan Zarina, saya kasihan dan berasa sedih lihat dia dipukul anak sendiri. Saya faham situasi itu kerana saya juga melalui perkara sama," ujarnya.

Pat dan Edrie mendirikan rumah tangga pada 9 Februari 2002. Hasil perkongsian hidup selama 17 tahun itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Darren Haikal, 15, dan Dylan Haidar, 7.

Sebelum itu, Pat pernah berkahwin dengan James Bayang, 48, namun bercerai pada tahun 1995.

Edrie Hashim , autisme , Zarina Zainuddin

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini