suria

Kassim Selamat meninggal dunia, La Obe pasti jadi kenangan

Kassim menghidapi penyakit dementia sejak lapan tahun lalu

PENYANYI popular era 60-an, Kassim Selamat yang terkenal dengan lagu La Obe menghembuskan nafas terakhirnya pada Ahad.

Kassim atau nama sebenarnya Kassim Rahmat, 84, meninggal dunia pada pukul 3.30 petang di kediamannya di Singapura.

Kassim Selamat terkenal dengan lagu La Obe nyanyiannya bersama kumpulan The Swallows.

Kassim yang juga penyanyi utama kemupulan The Swallows meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

Kassim dilaporkan telah menghidapi penyakit dementia sejak lapan tahun lalu

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Pusara Aman, Lim Chu Kang pagi Isnin.

Kumpulan The Swallows pernah terbabit dalam persembahan muzikal Suzana@60-an di Istana Biudaya pada 2006.

Kumpulan itu terkenal dengan kerana membuat persembahan dalam bahasa Bawaen.

Selain La Obe, The Swallows turut terkenal dengan lagu Ankok Angkok Bilis, La Kerebna dan La Ngomer.

Lagu La Obe menjadi hits sepanjang zaman sehingga ia pernah dirakamkan semula oleh kumpulan Kristal.

kassim selamat, the swallows

Artikel Lain