suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak pandai siang ikan bukan isu besar, Elfira Loy dah lali netizen suka cari salah

Elfira menganggap dia tidak tahu siang ikan itu bukan sesuatu isu yang besar.

PELAKON Elfira Loy menganggap isu tidak pandai siang ikan apabila meminta bantuan suaminya ketika sedang memasak bukanlah satu masalah besar.

Elfira berkata, perkara itu hanya dibesar-besarkan oleh netizen yang gemar mencari kesalahan dan mengkritik tentang kekurangan seseorang.

"Itu bukan sesuatu isu yang besar pun tapi anda kenal netizen. Mereka suka bila anda tak tahu sesuatu daripada anda tahu semuanya.

"Kalau hari itu saya tak tahu, tiba-tiba hari ini saya dah tahu, anda ingat mereka nak kisah? Tidak.

"Lebih baik saya tidak berdebat atau melakukan apa-apa dengan orang macam tu sebab dia akan merosakkan minda dan perangai kita," katanya menerusi Instagram.

Sebelum ini, Elfira Loy menerima kecaman netizen apabila meminta bantuan suaminya, Faris Khairol Anuar menyiang ikan yang ingin dimasak berikutan tidak tahu melakukan perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah lama tak datang bulan, rupa-rupanya Elfira Loy dah hamil!


Antara soalan yang dijawab Elfira menerusi Instastorynya.


Dalam pada itu, Elfira menjelaskan dia sebanarnya bukan tidak pandai, sebaliknya tidak pernah tahu cara untuk menyiang ikan berikutan kerja-kerja itu selalu dilakukan oleh pekerja di kedainya.

"Saya tidak cakap yang saya tak pandai, saya cuma kata tidak tahu sebab tak pernah tahu. Selalukan kedai yang siangkan.

"Kenapa ada beza ke kedai siang ke kita siang. Kejap lagi nak cuba gorenglah nak rasa ada beza atau tak beza. Tak pandai jaga mulut tu ada beza," ujarnya.

Elfira dan Faris Khairul Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan bakal timang cahaya mata pertama.

Elfira dan suami bakal timang kelahiran cahaya mata pertama mereka.


Elfira Loy, Siang ikan

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia