suria

Faezah Elai tidak kisah dilabel garang, asalkan anak tahu adab!

Faezah akui dia seorang ibu yang garang dalam mendidik anak. Foto Instagram @faezahelai

MASALAH keruntuhan akhlak remaja yang semakin membimbangkan membuatkan pelakon Faezah Elai terpaksa bersikap tegas dalam mendidik anak-anaknya.

Menurut Faezah, 36, dia mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak dan tidak kisah jika ada yang melabelkannya dirinya sebagai seorang ibu yang garang.

"Saya akui memang garang dengan anak-anak dan mereka pun dah faham kalau kita pandang semacam tu apa maknanya. Sekarang ni semua dah besar, tak perlu cakap banyak dah!

"Setiap ibu bapa ada cara masing-masing dalam mengajar anak dan apabila tengok keadaan remaja sekarang menyebabkan saya jadi takut.

Faezah dan suami, Heykal Hanifah.

"Biarlah orang luar nak cakap saya gila menjaga anak asalkan mereka tahu mengenai adab dan apa yang kita buat ini ada sebab," katanya kepada mStar.

Sementara itu, pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi ini berkata cara didikan anak masa kini sudah berubah dan tidak sama seperti dahulu.

Justeru itu, dia perlu memberi perhatian yang lebih dan fokus dalam membesarkan anak-anak.

"Kalau ikutkan bapa-bapa kita dulu mengajar anak lagi garang, silap-silap boleh masuk penjara tau.

Faezah ada cara didik anak-anak.

"Tapi sekarang dah berubah cara ajar anak pun dah berbeza dan kita tak guna rotan semata-mata tapi ada teknik supaya mereka ingat apa yang dilakukan itu salah.

"Saya kalau waktu bersama keluarga terutamanya ketika berada di luar, saya memang dah tak pegang telefon, fokus dan tengok anak-anak sepenuhnya. Tak ada masa nak leka main telefon," katanya.

Terdahulu, Faezah berkahwin dengan pengarah Heykal Hanifah pada September 2011 dan turut menjaga anak tirinya iaitu Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.

Hasil perkahwinan dengan Heykal, Faezah dikurniakan dua cahaya mata, Dealova Heyrinna, 6, dan Aurora Heyrinna, 3 tahun.

Faezah Elai, Heykal Hanifah

Artikel Lain