Mia Nasir dapat jodoh di Facebook, sedia kahwin hujung tahun ini - Hiburan | mStar

Mia Nasir dapat jodoh di Facebook, sedia kahwin hujung tahun ini

Mia bakal menamatkan zaman bujang selepas tiga tahun menyulam cinta.

SELEPAS tiga tahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon Mia Nasir memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujang hujung tahun ini bersama seorang jejaka campuran British mamak, dikenali sebagai Adam.

Menurut adik kepada Anzalna Nasir ini, dia sudah mengenali jejaka berkenaan tiga tahun lalu menerusi Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Mia Nasir tiada niat bersaing dengan Anzalna, Afifah

"Sebelum ini kami pernah berjumpa beberapa kali tetapi ketika itu masing-masing tidak bertegur sapa.

"Dan tiba-tiba Ramadan tiga tahun lepas secara tidak sengaja saya terlihat akaun Facebook dia dan mendapati masih single.

"Sekali dia DM (direct message) saya dan kami berbalas mesej. Kemudian dia ajak saya keluar berbuka bersama. Kira first date kami adalah ketika Ramadan," katanya.

Sikap Adam yang matang dalam memikirkan hal masa depan membuatkan Mia tertarik kepada jejaka ini.

Tambah Mia yang enggan mendedahkan tarikh sebenar majlisnya itu, kematangan jejaka berusia 29 tahun itu yang juga merupakan seorang usahawan membuatkan dia tertarik untuk mengenali hati budi Adam.

"Saya suka attitude dimilikinya. Dia tahu apa yang diinginkan dan saya suka lelaki matang dalam memikirkan hal masa depan.

"Paling penting, Adam seorang yang family oriented. Saya berharap hubungan kami direda Allah," katanya.

Adik kepada Anzalna ini memberitahu akan lebih selektif dalam memilih watak selepas bergelar isteri.

Dalam pada itu bercerita mengenai kerjaya, Mia memberitahu dia kini lebih memilih setiap watak yang ditawarkan kepadanya lebih-lebih lagi apabila mahu mendirikan rumah tangga.

Menurutnya, dia mahu mengelak daripada melakonkan babak bersentuhan dengan lelaki lain.

"Saya anggap lakonan itu sebagai hobi yang saya mahu lakukan. Tetapi untuk kerjaya, saya lebih berminat untuk menceburi bidang perniagaan. Saya nak cuba sesuatu yang luar daripada industri lakonan. Lebih kepada kehidupan privasi.

"Mungkin selepas ini terpaksa memilih watak yang tidak memerlukan saya untuk bersentuhan dengan mana-mana pelakon lelaki.

"Sekarang pun saya sudah mengelak untuk menerima tawaran seperti itu. Bukan kerana Adam cemburu... dia seorang yang sangat okay dan memahami, tapi kalau dalam lakonan saya melebih-lebih, siapa tak jealous kan," katanya.

Mia Nasir , Adam

Artikel Lain