“Jebat akan kembali sihat”- Anak Sharnaaz Ahmad selamat jalani pembedahan - Hiburan | mStar

“Jebat akan kembali sihat”- Anak Sharnaaz Ahmad selamat jalani pembedahan

Sharnaaz bersyukur pembedahan Jebat berjalan lancar. Foto Instagram @sharnaazahmad

PELAKON Sharnaaz Ahmad memberitahu anaknya Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia lapan bulan selamat menjalani pembedahan akibat jangkitan saluran kencing pada Khamis.

Menerusi Instagram, Sharnaaz turut meluahkan perasaan syukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan anak lelakinya itu.

"Alhamdulillah syukur pada Allah SWT... Jebat dah selamat keluar pembedahan, kepada semua yang mendoakan terima kasih semoga Allah balas dengan beribu kebaikan dan pahala buat anda semua.

"Semuanya lancar dan terima kasih buat doktor Shariz yang mengetuai pembedahan ini, hebat orangnya... Jebat akan kembali sihat dengan Izin Allah... amin!," tulisnya di laman tersebut.

Perkongsiannya itu menerima hampir 20,000 tanda suka dan lebih 300 komen daripada pengikut.

Perkongsian Sharnaaz mengenai kesihatan Jebat.

Pada Isnin lalu, pelakon drama Cinta Bukan Kristal ini memberitahu Jebat mengalami masalah pada saluran kencing sejak beberapa bulan lalu dan perlu menjalani pembedahan dalam masa terdekat.

Sharnaaz bagaimanapun berkata dia tidak menghebahkan penyakit yang dialami anaknya itu kerana lebih ramai anak kecil lain yang mengalami masalah kesihatan yang lebih teruk.

"Apabila doktor memberitahu anak saya menghadapi jangkitan saluran kencing (UTI), kami tidak pasti sangat mengenai penyakit itu. Sekarang, keutamaan saya adalah Jebat yang kini dalam rawatan,” katanya.

Sharnaaz dan Nabila, 35, berkahwin pada 31 Mac 2017 dan pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki pada 30 Ogos tahun lalu.

Sharnaaz Ahmad , Jebat Jayden Ahmad

Artikel Lain