Aziz Harun kejar bekas kekasih sampai ke UK - Hiburan | mStar

Aziz Harun kejar bekas kekasih sampai ke UK

PENYANYI Aziz Harun memberitahu dia bakal mengucapkan 'selamat tinggal' kepada industri hiburan tempatan bermula September ini.

Aziz, 21, berkata, dia berehat buat sementara berikutan menyambung pelajaran ke United Kingdom (UK) selama dua tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan 'sailang' kekasih, Aziz Harun susah 'move on'


Aziz Harun bakal terbang ke UK September ini.

"Saya sebenarnya sedang menuntut di semester kedua Ijazah Sarjana Muda di sebuah kolej swasta di Petaling Jaya dan bakal terbang ke UK menjelang tahun kedua pelajaran September ini.

"Namun itu tidak bermaksud saya akan terus berhenti daripada berkarya, saya sudah merancang untuk tetap menghasilkan lagu tambahan lagi kemudahan teknologi masa kini banyak membantu biarpun kita berada jauh di benua lain," kata Aziz kepada mStar.

Penyanyi lagu Jauh ini bagaimanapun menjelaskan hatinya sedikit terubat memandangkan seseorang yang istimewa buatnya juga sedang melanjutkan pelajaran di lokasi sama.

Aziz, sebelum ini dalam satu temu bual bersama mStar berkata lagu Jauh yang baru dilancarkannya sebenarnya ditujukan buat bekas kekasih.

Aziz berkata bekas kekasihnya juga sedang menyambung pelajaran di UK.

"Sebenarnya bekas kekasih yang saya kenal semenjak di bangku sekolah juga sedang melanjutkan pelajaran di UK.

"Namun saya menganggap ini sekadar kebetulan yang tidak dirancang," jelas Aziz.

Aziz yang juga anak kelahiran Brunei mula membina nama di Malaysia dengan single berjudul Senyum.

aziz harun

Artikel Lain